Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Isu Sensitiviti Perlu Dimurnikan...

NILAI - Isu sensitiviti mengenai agama dan perkauman yang berlaku di Malaysia perlu...

Hampir Separuh Jemaah Haji...

MAKKAH - Hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 30,200 jemaah haji Malaysia bagi musim...

Mayat Patah Tengkuk Ditemui...

JITRA - Seorang lelaki berusia 30-an ditemui mati dengan kesan cekik pada lehernya...

Polis Edar Lakaran Wajah...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang...

Banjir Kilat Susulan Hujan Sejak 2 Pagi Di Batu Pahat

JOHOR BAHRU – Hebat lebat sejak 2 pagi ini memaksa 23 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Batu Pahat ekoran rumah didiami dinaiki air.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Batu Pahat Leftenan Mohd Faezie Abdul Aziz berkata kawasan terjejas adalah Lorong Budin Kilometer 31.5 di Jalan Batu Pahat, Ayer Hitam.

“Hujan lebat berterusan melebihi dua jam menyebabkan limpahan air dari sistem perparitan yang berdekatan dengan kawasan perumahan.

“Ketinggian air adalah lebih kurang 0.3 meter dari paras jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kesemua mangsa kini berada di Dewan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Lorong Telekom, Batu Pahat.


Pemantauan terhadap paras air akan diteruskan oleh APM di kawasan terlibat dan juga sekitar memandangkan hujan masih lagi turun. – BERNAMA

Kategori