Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Pekerja Bangla Isi...

SUBHANALLAH.. tersentuh hati kami mendengar alunan ayat-ayat al-Quran yang dibaca seorang pekerja warga...

Pekerja Asing Tinggal Dalam...

BUTTERWORTH - Lima pekerja warga asing yang bekerja di sebuah restoran nasi kandar...

Baharudin Dilantik Ketua JSJ...

Shah Alam : Jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor bakal disandang oleh...

“Populariti Ini Menakutkan Saya”...

SIAPA sangka hanya dengan sebuah drama, nama Syafiq Kyle semakin meniti di bibir...

Rohingya: Delegasi Anggota Parlimen Hulur Sumbangan

COX’S BAZAR (Bangladesh) – Delegasi Parlimen Malaysia hari ini menyampaikan sumbangan RM25,600 kepada badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang berada di negara ini sebagai tanda prihatin membantu pelarian Rohingya.

Sumbangan wang tunai itu diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) bagi membeli barangan keperluan pelarian Rohingya di Kem Pelarian Kutupalong, kira-kira 35 km dari Coxā€™s Bazar.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee merangkap ketua delegasi berkata kutipan itu adalah hasil sumbangan peribadi kesemua anggota parlimen tanpa memikirkan fahaman politik.
“Kita mengumpul dana itu dalam tempoh seminggu.

“Usaha ini adalah tanda simpati, sokongan dan keprihatinan warga parlimen ke arah meringankan penderitaan dilalui masyarakat Rohingya,” katanya pada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan di sini, hari ini.

Dianggarkan lebih 600,000 penduduk Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar, telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan serangan tentera Myanmar terhadap orang awam dengan alasan memerangi militan bersenjata, sejak 25 Ogos lalu.

Dalam majlis itu, Ronald turut menyampaikan dua sampul surat sumbangan masing-masing berjumlah RM12, 800 kepada Naib Presiden Mapim Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Ketua Kumpulan Mercy Malaysia Yao Rachel.


Beliau berkata, kutipan itu merupakan sumbangan tambahan bagi 25 tan makanan hasil inisiatif tanggungjawab sosial korporat Halal Industry Development Corporation (HDC).

“Kesemua barangan makanan itu sedang melalui proses akhir dan akan dibawa ke sini (Bangladesh) dalam tempoh terdekat dengan menggunakan pesawat Air Asia atau Malindo Air,” katanya.

Syarikat multinasional seperti F&N Marketing Sdn Bhd, Nestle (M) Berhad, Dutch Lady Milk Industries Berhad dan Fortune Lab Sdn Bhd merupakan antara penyumbang barang makanan bagi misi itu. – BERNAMA

Kategori