Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Vivian Hoo/Khe Wei Kalah...

KUALA LUMPUR - Cabaran negara pada Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Switzerland berakhir...

PKP: Institusi Pendidikan Tutup,...

KUALA LUMPUR - Semua institusi pendidikan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Jasa Perlu Kreatif Hadapi...

ALOR GAJAH - Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) perlu lebih kreatif dalam menghadapi...

Risda T’ganu Tumpukan Program...

HULU TERENGGANU - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Terengganu tahun...

Bapa Redah Banjir Bersama Isteri & 3 Anak OKU

TANAH MERAH – Seorang bapa dari Kampung Alor Bemban, di sini, meredah banjir bersama isteri dan tiga anaknya yang kelainan upaya untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pasir, semalam.

Afandi Kamariah (ulang: Kamariah), 52, berkata beliau terpaksa menyorong isterinya, Che Rohana Che Sulaiman, 53, menggunakan kerusi roda selepas kaki isterinya itu dipotong akibat kencing manis untuk meredah air pada paras lutut sejauh kira-kira 500 meter ke PPS berkenaan.

Selain itu, beliau terpaksa memastikan keselamatan anaknya, Mohd Sadan (ulang: Mohd Sadan), 31, yang lembam dan Nur Iman, 18; serta Abdul Rahman, 15, yang mengalami masalah pembelajaran, ketika menyelamatkan diri kira-kira pukul 6 petang semalam.

“Saya tidak menunggu pasukan penyelamat tiba kerana bimbang dengan paras air Sungai Jegor berdekatan rumah yang semakin meningkat.

“Walaupun sukar, namun saya gagahkan diri untuk berpindah bersama keluarga kerana keselamatan mereka lebih penting,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.


Katanya beliau hanya membawa beberapa helai pakaian, ubat-ubatan serta lampin pakai buang untuk kegunaan Mohd Sadan yang hanya cukup untuk kegunaan selama seminggu sahaja.

“Bagaimanapun saya berterima kasih kepada pihak pengurusan banjir serta jururawat di PPS ini yang menghulurkan bantuan sebaik kami tiba di sini petang semalam,” katanya.

Pusat pemindahan itu sehingga kini menempatkan seramai 42 mangsa daripada 14 keluarga sejak mula dibuka petang semalam. – BERNAMA

Kategori