Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Dapur Restoran Sufi AF...

BAHARU sahaja beroperasi namun restoran De’ Tulang Merah milik juara Akademi Fantasia 2015,...

Strategi Pastikan Rakyat Percaya...

KUALA LUMPUR - Pakatan pembangkang akan mewujudkan sebuah Jawatan Kuasa Tindakan 1MDB bagi...

Pribumi Sabah Bersedia Tenangkan...

KOTA KINABALU - Masyarakat pribumi Sabah sedang memuktamadkan persediaan untuk mengadakan ritual bagi...

Kes Papagomo Dikasari, Polis...

KOTA KINABALU - Polis memanggil tiga lelaki untuk mengambil keterangan berhubung insiden Exco...

Batal Lesen Hotel Larang Muslimah Bertudung

PERSATUAN Progresif India Malaysia (MIPAS) amat kesal dengan sikap diskriminasi dan mengutuk sekeras-kerasnya dasar larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan (frontline) sektor perhotelan seperti yang diamalkan sesetengah rangkaian hotel di negara ini adalah tidak adil sama sekali.

MIPAS memandang serius terhadap sikap tidak bertanggungjawab oleh pihak Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan larangan pemakaian tudung untuk wanita Islam yang ingin bekerja di bahagian hadapan (frontline) hotel-hotel di Malaysia.

Ia merupakan satu polisi ketinggalan zaman serta menindas hak wanita yang mahu mengamalkan agamanya. Malahan profesionalisme seseorang tidak terjejas sama sekali hanya memakai tudung.

Justeru itu larangan sebegini dalam dasar pekerjaan adalah tidak relevan dan munasabah.

Pihak hotel tidak perlu mengeluarkan larangan sedemikian, sebaliknya perkara itu bergantung kepada budi bicara dan kebijaksanaan pihak pengurusan menangani isu itu

MIPAS mendesak kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelancongan agar menarik balik lesen hotel yang melaksanakan dasar larangan tersebut terhadap pekerja wanita muslimah memakai tudung.

MIPAS menyeru agar kerajaan perlu bertegas dalam perkara ini bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian beragama semua kaum di Malaysia tidak tergugat dengan polisi diskriminasi agama.


Terima kasih,

Yang benar,

S.Barathidasan
Setiausaha Agung
Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS)

– MYNEWSHUB.CC

Kategori