Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kementerian Kesihatan Lanjut Kontrak...

KUALA LUMPUR - Kontrak syarikat konsesi pembekal ubat-ubatan dan peralatan perubatan, Pharmaniaga Logistic...

Pemimpin Keluar UMNO Jadi...

SHAH ALAM - Pemimpin UMNO yang keluar parti akan menjadi ‘kera sumbang’ serta...

Rosyam Nor Anggap Mohon...

TINDAKAN pengacara, Neelofa memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak di atas kesilapannya...

Warga Emas Cedera Parah...

ALOR SETAR - Seorang warga emas ditemui dalam keadaan cedera parah dengan kesan...

Curi: Bekas Pekerja Kontrak Dipenjara Sehari, Didenda

MELAKA – Padah mencuri pelbagai barangan di sebuah pasar raya, bekas pekerja kontrak dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini hari ini.

Majistret Norina Maludin menjatuhkan hukuman itu terhadap Norizam Salam, 33, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan berkenaan sebaik kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mahkamah memerintahkan bapa dua anak itu menjalani hukaman penjara mulai hari ini dan dipenjarakan tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Lelaki itu didakwa dengan niat curang mencuri barangan makanan runcit milik pasar raya itu bernilai RM720.15 di Aeon Ayer Keroh di sini pada 9.30 malam, 7 Okt lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan kes kecurian di pasar raya berkenaan dan sebagai pengajaran kepada tertuduh serta orang awam.

Sementara itu, di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh seorang ibu dua anak, Norizati Sulaiman, 29, turut dipenjara sehari dan didenda RM1,000 atau penjara sebulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri pelbagai barangan runcit bernilai RM330.22 di premis sama di sini pada 9.20 malam, 25 Sept lepas.


Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari memohon hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat memandangkan barangan yang dicuri bukannya keperluan asas.

Bagaimanapun peguam Nik Norhaizun Che Mat yang mewakili tertuduh memohon hukuman anak guamnya diringankan atas alasan tertuduh perlu menjaga anak-anaknya selain bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai peniaga.

Kedua-dua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudiannya hendaklah dihukum dengan penjara dan denda atau sebat. – BERNAMA

Kategori