Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Iktiraf UEC Perlu Pertimbang...

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Beberapa media tempatan hari ini yang memetik laporan...

Skuad Pahang Mahu Julang...

TEMERLOH - Skuad Pahang menyasarkan untuk merangkul sekurang-kurangnya satu piala kejuaraan pada cabaran...

Pengeluaran KWSP: Pencen Nanti...

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak membenarkan pekerja...

Ajak Shiro Cedera Masuk...

BARU-BARU ini salah seorang anggota kumpulan Shiro, Ajak Shiro, 30, menerima 15 jahitan...

Bekas Tentera Amuk Dalam Gereja

SUTHERLAND Springs (Amerika Syarikat) – Seorang bekas anggota tentera udara melepaskan tembakan rambang di dalam sebuah gereja di negeri Texas kelmarin menyebabkan 26 terbunuh termasuk lapan sekeluarga.

Kejadian di Gereja First Baptist di Sutherland Springs itu turut menyebabkan sekurangnya 20 cedera.

Sumber polis berkata, Devin Patrick Kelley, 26, yang memakai baju hitam dan jaket kalis peluru masuk ke dalam gereja itu sebelum melepaskan tembakan rambang menggunakan raifal automatik.

Serangan itu hanya berhenti apabila seorang penduduk, Stephen Willeford, 55, cuba merampas senjata Kelley dan menembak lelaki itu.

Kelley melarikan diri dengan sebuah kereta namun kenderaannya terbabas selepas dikejar sejauh beberapa kilometer oleh Willeford dan rakannya.

Suspek ditemui mati di dalam kereta itu yang penuh dengan senjata api.

Polis juga masih belum mengetahui motif dan punca suspek melepaskan tembakan di dalam gereja itu.

Antara yang terbunuh dalam serangan itu adalah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan anak angkat paderi berusia 14 tahun.

Lapan mangsa dari satu keluarga termasuk seorang ibu yang hamil lapan bulan dan tiga anaknya turut terbunuh.

Menurut media tempatan, Kelley ditamatkan perkhidmatannya dalam tentera selepas dia memukul isteri dan anaknya.


Kelley juga seorang bekas guru kajian kitab Injil di sebuah gereja di Texas.

Kejadian itu adalah insiden tembakan rambang terbaru dan antara terburuk yang pernah berlaku di AS sekali gus mencetuskan kembali perdebatan mengenai pemilikan senjata api di negara itu.

Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump yang berada di Jepun memberitahu, kejadian itu berpunca daripada masalah kesihatan mental bukannya berkaitan situasi senjata api.

Ketika ditanya wartawan apakah dasar yang mungkin disokongnya susulan kejadian itu, Trump berkata, berdasarkan laporan awal, suspek adalah seorang individu yang sangat tidak siuman dan mempunyai banyak masalah.

“Kami mempunyai banyak masalah kesihatan mental di negara kami sama seperti negara lain. Ini bukannya satu situasi senjata api.

“Ini adalah masalah kesihatan mental di tahap paling tinggi. Ini adalah kejadian yang sangat menyedihkan,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

Kategori