Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Tak Sokong, Cuma Simpati...

SEJAK kes keretakan rumah tangga antara pemuzik bebas, Ude bersama dengan isteri pertamanya,...

Jangan Sesekali Terpengaruh Dakyah...

KENINGAU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, perjuangan...

Musang Fennec, Kuang Telinga...

LANGKAWI - Selepas menerima satu lagi pengiktirafan daripada TripAdvisor baru-baru ini, Taman Hidupan...

Kerjasama KKM-Grab Tawar Diskaun...

SYARIKAT Perkhidmatan e-hailing, GRAB dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkerjasama dengan menawarkan...

Blues Gang Cari Dana Biayai Kos Rawat Pemain Bass

KUALA LUMPUR – Peminat kumpulan muzik popular era 1980-an, Blues Gang bakal berpeluang menyaksikan persembahan band itu apabila anggota asal bergabung semula di pentas.

Ia dilakukan menerusi persembahan bertajuk Jam For Jim Blues Gang – The True Blues Man semata-mata bagi mengumpul dana untuk membiayai rawatan pemain bassnya sendiri, Jim Madasamy, 67 tahun.

Beliau disahkan menghidapi ‘primary progressive aphasia’, sejenis sindrom neurologi yang merosakkan keupayaan bahasa, dan memerlukan pemain ini untuk menjalani rawatan terapi secara berkala.

Bakal bergabung di pentas, koordinator persembahan tersebut Azman Abu Samah berkata perintis genre blues negara itu bakal ditampilkan sebagai kumpulan utama persembahan.

Beliau berkata persembahan akan berlangsung di Timbre KL, Jalan Doraisamy di sini, pada 19 November ini, bermula jam 6 petang selama lima jam, dan tiada bayaran masuk dikenakan.

Selain Blues Gang, kumpulan muzik lain yang akan membuat persembahan ialah band Purple Haze yang juga pernah dianggotai Madasamy, Sons Of Adam dan The Nobodys.

“Persembahan ini sebagai tanda sokongan dan persahabatan sesama pemuzik yang memerlukan bantuan.

“Kita berharap dapat mengumpul sumbangan dana daripada peminat kira-kira RM5,000 untuk diserahkan kepada Madasamy yang banyak berjasa kepada industri muzik negara,” katanya.


Blues Gang terdiri kumpulan penyanyi tempatan yang mengetengahkan irama ‘blues dan rock‘ dengan memasukkan unsur-unsur Malaysia seperti lagu Apo Nak Di Kato yang menggunakan loghat Negeri Sembilan.

Selain Madasamy, Blues Gang turut dianggotai Ito Mohd (vokal/harmonika), Julian Mokhtar (gitar utama), Ghani Dato’ Abu Talib (gitar kedua/keyboard) dan Shaik Karim (Drums/Vokal).

Antara lagu popular kumpulan tersebut yang masih menjadi siulan ramai sehingga ini adalah Oh! Mama, Saya Mahu Kahwin, Mak Siti dan Lagu Tiga Kupang.

Aksi terakhir Blues Gang adalah pada persembahan konsert “returns of The Legends” di Istana Budaya, pada 17 September tahun lalu. – BERNAMA/haa

Kategori