Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cara Mudah Dan Jimatkan...

ZAMAN sekarang ni semua nak senang je kan. Jadi, kita akan kongsikan petua...

Tabung Sitizoner Simbol Apresiasi...

PENYANYI kesayangan nusantara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan penubuhan tabung kebajikan Sitizoner sempena...

Sikap Gemar Berlengah Punca...

PUTRAJAYA - Segelintir rakyat Malaysia gemar melengah-lengahkan pelbagai  urusan dan sering memilih untuk...

Pintu Kaca Apple Store...

MALANG tidak berbau. Satu tragedi menimpa seorang budak lelaki di China apabila pintu...

BN Sokong Najib Isu Diskriminasi Minyak Sawit

KUALA LUMPUR – Beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini menyokong kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memandang serius diskriminasi sekatan eksport minyak sawit ke negara Kesatuan Eropah (EU).

Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) dalam satu sidang media di Parlimen berkata, kenyataan itu dibuat berdasarkan pendirian Malaysia dan Indonesia yang memandang serius perkara itu.

“Kedua-dua negara menentang sekeras-kerasnya keputusan dan resolusi yang dibuat Parlimen EU. Ia merupakan tindakan diskriminasi mereka. Hanya menyasarkan minyak sawit, tetapi minyak masak yang lain dibolehkan untuk diguna bagi biodiesel sehingga 2030,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen, hari ini.

Selain Ahmad yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), turut serta pada sidang media itu ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar), Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh (BN-Putatan), Tan Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah (BN-Mukah) dan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam).

Perdana menteri pada Sidang Kemuncak ASEAN-EU di Manila, semalam berkata, Malaysia dan Indonesia memandang serius diskriminasi sekatan eksport minyak sawit ke negara EU itu dan bersedia mengambil tindakan balas kerana langkah itu akan menjejaskan lebih 18 juta pekebun kecil di kedua-dua negara.


Secara kolektif, Malaysia dan Indonesia menyumbang lebih RM57 bilion pengeluaran minyak sawit global tahun lalu.

Pada April lalu, Parlimen Eropah meluluskan satu resolusi yang mensyaratkan hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport ke pasaran EU selepas 2020.

Ketetapan itu menekankan keperluan pensijilan tunggal pasaran eksport minyak sawit ke Eropah yang perlu dihasilkan secara lestari tanpa melibatkan aktiviti penebangan hutan dan resolusi itu turut melabelkan skim pensijilan sedia ada sebagai tidak memenuhi syarat dan piawaian antarabangsa. – BERNAMA

Kategori