Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Temui Rangka Budak...

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai dibunuh...

Pesawat India Terbakar Tapi...

NEW DELHI - Pesawat syarikat tambang murah India, IndiGo yang membawa 147 penumpang...

PRN Sarawak: Pertembungan Empat...

KUCHING : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah bakal menyaksikan pertembungan empat...

AirAsia X Terbang Ke...

KUALA LUMPUR – AirAsia X memulakan penerbangan sulungnya ke Pulau Jeju, Korea Selatan...

BNM Serbu Koperasi DinarDirham, 6 Ditahan

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu pejabat Koperasi DinarDirham Bhd. di Selangor dan ibu negara semalam kerana disyaki menjalankan pengambilan deposit secara tidak sah.

BNM dalam satu kenyataan media berkata, perbuatan itu merupakan kesalahan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Serbuan itu disertai Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Negara (NRRET) , Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan SCyber Security Malaysia (CSM)

“Operasi bersama ini adalah salah satu langkah inter-agensi yang berterusan untuk menghapuskan aktiviti skim kewangan haram. Sebanyak sembilan premis berkaitan Koperasi Dinar Dirham Berhad diserbu di mana dokumen-dokumen berkaitan disita untuk membantu siasatan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut BNM, enam pengarah syarikat itu yang disyaki bertindak sebagai dalang dan ejen untuk aktiviti pengambilan deposit haram tersebut ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan.


Jelas BNM, operasi itu turut menyaksikan lapan kenderaan bernilai lebih RM1.5 juta disita dan 114 akaun di 12 bank bernilai RM15.3 juta dibekukakan di bawah AMLA.
“Sejumlah wang dalam nilai Ringgit Malaysia dan mata wang asing berjumlah RM1.4 juta serta 22.5 kilogram logam berharga telah dirampas,” kata BNM.

Tambah BNM, pihak berkuasa turut bekerjasama dengan Unit Perisikan Kewangan Brunei dalam menyiasat operasi syarikat itu di Brunei atas kesalahan yang sama. -MYNEWSHUB.CC

Kategori