Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Aiskrim Perisa Paracetamol, Sedap...

INDONESIA - Aiskrim dikenali sebagai makanan beku berasaskan produk tenusu yang dijadikan pencuci...

Kemalangan: Pemandu Treler Direman...

KUANTAN - Seorang pemandu treler berumur 31 tahun direman empat hari mulai hari...

Rusuhan Kuil: Waytha Moorthy...

RAGU... Kredibiliti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy yang diberi...

Pertemuan Trump, Xi Lakar...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata, pertemuan buat kali pertama...

Bos AirAsia Marah PSC Tapi Dia Pun Buat PSC Sendiri

CERITA ini mungkin tidak ramai tahu, namun realitinya sejak Mei 2014, AirAsia sudah mengenakan caj tambahan sendiri ke atas semua penumpangnya sebanyak RM3 di KLIA2 di Sepang, Selangor.

Selepas terbongkar caj tersembunyi dikenakan tanpa sebarang makluman awal itu dilaporkan secara luas menerusi media massa, barulah tiba-tiba syarikat penerbangan tambang rendah popular tersebut mengakui pada akhirnya.

Itupun jenuh selepas imej Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) teruk dikecam orang ramai yang salah faham menyangka caj ekstra tersebut sengaja dilaksanakan oleh agensi pengurusan lapangan terbang seluruh negara itu.

Situasi pelik ini ibarat peribahasa Melayu: ‘Orang lain sedap makan nangka, tapi orang lain pula kena getahnya.’ Bayangkan nasib MAHB apabila dipandang serong penumpang ‘miskin’ gara-gara langkah senyap AirAsia tersebut.

Walhal, MAHB hanya naik sedikit caj khidmat penumpang (PSC) kepada semua operator udara yang beroperasi KLIA2 selepas Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) tidak jauh dari situ ditutup ekoran pelbagai isu.

Hakikatnya LCCT dan KLIA2 beza jauh macam langit dengan bumi, bahkan ia diakui sendiri AirAsia yang sebelum ini bertegas mahu kekal di terminal buruk seperti di negara mundur itu konon tidak sesuai pindah ke lokasi baharu.

Tahun lalu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengumumkan PSC di KLIA2 bakal disetarakan dengan KLIA mulai tahun depan waima ia turut disokong Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di Geneva.

Ini kerana caj rendah di terminal baharu itu sejak tiga tahun lalu amat pelik dan kurang adil. Dari perspektif makro, persamaan caj PSC akan mengurangkan subsidi kerajaan (baca: duit pembayar cukai) perlu dibayar kepada MAHB.

Bayangkanlah setiap tahun, penumpang KLIA dan semua lapangan terbang seluruh Malaysia bayar PSC tinggi bagi terpaksa tampung RM70 juta kos operasi KLIA2 seumpama beri subsidi untuk kemudahan yang mereka tidak guna.

Perbezaan ini menjurus amalan subsidi bersilang dan ia memang janggal, tetapi lucunya bos AirAsia yang ‘marah’ penyamaan PSC itu pula mendakwa kos mega bina KLIA2 sebanyak RM4 bilion lebih hebat daripada KLIA sendiri!

Baca: Mr. Tony! Ini KLIA2lah, Zaman LCCT Dah Berlalu

Juga: Caj Sama Penumpang KLIA Tak ‘Subsidi’ KLIA2

Ironi, sudahlah penumpang AirAsia dicaj RM3 untuk guna jejambat udara, sistem daftar masuk dan sebagainya di KLIA2, jangan terkejut dalam sistem tempahan ‘online’ syarikat itu pun ada caj PSC MAHB untuk perkara serupa!


Ini bermakna penumpang bayar terlebih caj untuk benda sama tetapi AirAsia berdalih, konon RM3 itu bagi ‘serap’ PSC padahal MAHB pernah menjelaskan, tiada caj seumpama tersebut kerana semua caj sudah diseragamkan awal.

Kelakarnya, demi alih isu ini ada pula bos AirAsia dengan ‘bangga’ berkongsi foto eksklusif menerusi akaun Twitter bercerita pula mengenai tiga menteri ceria menaiki pesawat syarikat tersebut di Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Konon beliau bersimpati mereka tidak perlu bayar RM2,000 jika kadar PSC yang baharu itu gagal dinaikkan 100%, sedangkan semua tahu bahawa caj sebenarnya pun apabila baru diselaraskan Mavcom cuma menjadi RM73 sahaja.

Apakah AirAsia cuba ‘menakutkan’ rakyat Malaysia apabila membuat momok isu PSC disetarakan mulai 1 Januari depan tetapi pada masa sama ‘berkempen’ hebat dengan mendakwa konon fasiliti KLIA2 tidak setanding KLIA pula.

Adakah AirAsia sengaja terlupa aliran trafik penumpang di semua lapangan terbang kendalian MAHB pesat naik secara signifikan setiap bulan, malah isu PSC bukan jadi faktor utama pengguna terbang ke mana-mana destinasi.

Secara jujur, penumpang lebih gembira kerana PSC dikenakan itu dapat menambah baik keadaan lapangan terbang digunakan mereka, bukan untuk tanggung KLIA2 yang lebih canggih tetapi cajnya pula macam zaman LCCT lagi.

Atau adakah AirAsia mahu KLIA2 gah seperti Terminal 4 Lapangan Terbang Changi Singapura baru dibuka bulan lalu tetapi terlupa kadar PSC di situ jauh lebih tinggi dan tiada siapa peduli pun nasib penumpang marhaen di sana.

Kesimpulannya, penyeragaman PSC bakal menjadikan MAHB lebih efektif dalam urus tadbir lapangan terbang kerana tidak perlu bergantung lagi ihsan caj ‘subsidi’ penumpang di terminal lain yang lebih buruk daripada KLIA2.

Kepada AirAsia, ingatlah bahawa zaman LCCT yang amat kelam kabut, sesak teruk dan selekeh buruk itu sudah lama berlalu pergi menjadi bahan sejarah usang. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori