Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

15 Pelampau Ditahan Kerana...

BAITULMAQDIS - Polis Israel menahan 15 pelampau Yahudi susulan siasatan terhadap kumpulan dituduh...

The Pocket Rocketman Raih...

NILAI – Penyandang juara dunia keirin 2017, Mohd Azizulhasni Awang terlepas peluang mencipta...

Lupakan Skim Cepat Kaya…Trend...

Orang kita sejak zaman Pak Man Telo suka melabur di tempat yang tidak mendapat kebenaran Bank Negara. Kalau nak pulangan yang lumayan pun, kenapa tidak melabur saham di Bursa Malaysia yang berpotensi untuk mendapatkan pulangan yang berganda “Return on Investment” ?

Kuih ‘Selak Pintu’ Muncul...

BATU PAHAT - Sebut sahaja nama kuih 'selak pintu', pasti ramai yang tidak...

Bukan Lagu Ciplak, ‘Jangan Menangis’ Layak Bertanding

AHAD lalu menyaksikan minggu kedua persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir. Lagu Jangan Menangis antara 10 lagu yang bertanding pada malam itu.

Namun, ada sesetengah pihak yang mempertikaikan penyertaan lagu tersebut kerana khabarnya lagu itu adalah lagu saduran atau lagu ‘ciplak’.

Mereka menyatakan lagu nyanyian Aizat Amdan itu adalah lagu ciplak dari penyanyi China bernama Hua Chen Yu yang mendendangkan lagu berjudul King & Beggar.

Nurul Huda Khalid selaku Penerbit Eksekutif Muzik-Muzik 32 menjelaskan lagu tersebut tidak melanggar syarat pertandingan walaupun pernah diterbitkan dalam Bahasa Mandarin.

“Kami juga baru tahu tentang lagu itu semalam, namun ia bukan sesuatu yang melanggar syarat pertandingan.

“Lagu versi asal dalam bahasa Mandarin itu adalah daripada komposer yang sama dan bukan lagu saduran. Kalau ia lagu saduran memang tidak layak,” katanya dipetik mStar Online.

Sementara itu, Huda turut menyatakan sebab lain yang tidak membatalkan penyertaan lagu tersebut adalah kerana lagu itu tidak pernah dipertandingkan dalam program itu sebelum ini.


Dia juga menjelaskan sekiranya lagu ciptaan Aizat bersama Faizal Tahir dan Mike Chan itu dipilih juri untuk ke peringkat Anugerah Juara Lagu (AJL) akan datang, ia tidak menjadi masalah.

Sekiranya lagu ini ke AJL sekali pun, ia bukan satu masalah. Sama seperti lagu Anak Kampung nyanyian One Nation Emcee dan Jimmy Palikat. Seperti semua maklum, versi asal lagu ini dalam Bahasa Kadazan.

“Jadi apabila ia disampaikan dalam versi Bahasa Malaysia, pihak penerbitan okey. Macam saya katakan tadi, selagi sesebuah lagu tidak pernah dipertandingkan dan ia masih lagu asli pencipta berkenaan, tak ada masalah,” katanya.

Terdahulu, satu video yang menyatakan lagu Jangan Menangis telah meniru lagu penyanyi dari negara tembok besar itu telah tular di laman sosial.

Bagaimanapun, ramai peminatnya terlebih dahulu mengetahui tentang sejarah lagu tersebut.

Lagu tersebut juga pernah menjadi fenomena pada awal pengeluarannya kerana rata-rata netizen bersetuju yang liriknya sangat menyentuh hati. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori