Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

DUN Melaka Lulus Usul...

MELAKA - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul melantik...

‘Bukan Sekadar Lokasi Doa...

JABAL Rahmah, satu daripada lokasi popular yang diziarahi jemaah haji Malaysia sering dikaitkan...

Sultan Johor Kurnia Kapal...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengurniakan sebuah kapal terbang...

Seniman Tampil Beri Bantuan...

SELEPAS berita kesusahan penyanyi terkenal era 90-an, To'ki tular di laman Facebook sejak...

Bukan Niat Nak Pertikai Juri, Tapi Ayda Hanya…

KECOH seketika dunia hiburan tanah air apabila penyanyi, Ayda Jebat didakwa tidak berpuas hati dan kecewa dengan keputusan juri sebuah program hiburan tempatan terkenal.

Isu panas itu bermula apabila lagu nyanyian Ayda berjudul Mata dikatakan tidak tercalon untuk bertanding dalamĀ final Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL-32) pada awal tahun depan.

Baca:Ā Lagu Mata Gagal Ke AJL, Ayda Tak Puas Hati?

Rentetan perkara itu, pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat tampil dengan berani bagi menjelaskan situasi sebenar berhubung perkara berkenaan yang mungkin disalah anggap.

Menurut penyanyi berusia 25 tahun ini, dia langsung tidak berniat pun untuk mempertikaikan tugas juri berhubung perkara itu.

Sebaliknya, penyanyi ini hanya ingin mengetahui bagaimana pemarkahan terhadap lagu tersebut diambil supaya dia boleh memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik.

ā€œSejujurnya, saya memang meletakkan harapan yang tinggi terhadap lagu tersebut. Maklumlah sudah tiga tahun mencuba di pentas semi final Muzik-Muzik tetapi tidak berhasil.

ā€œJusteru, saya hanya ingin tahu bagaimana lagu-lagu saya diadili supaya saya tidak melakukan kesalahan yang sama berulang kali,ā€ katanya dipetik sebuah portal hiburan.


Terdahulu, Ayda teruk menerima kecaman apabila balasan komen yang dibuat terhadap persoalan peminat di Instagram baru-baru ini penuh dengan berbaur kecewa dan tidak puas hati.

Alahaiii dik… Menang kalah itu kan adat permainan. Dah menjadi sesuatu yang lumrah, ada kalanya kita menang dan adakalanya pula kita kalah.

Bak kata peribahasa apabila berani bertanding, tentu ada risiko kalah. Haaa… Ingat tu! ā€“Ā MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori