Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

12 Wanita Mangsa Pemerdagangan...

GEORGE TOWN - Dua belas wanita warga asing ditemui dikurung dalam bilik rahsia...

Ulama Dan Umara Bukan...

IPOH - Ulama dan umara tidak harus disalah tafsir sebagai dua golongan yang...

Mulut Jahat Kata Lara...

NETIZEN sekarang makin banyak yang mulut longkang! Buka akaun baru, kemudian akaun tu...

ADUN Santan Tumpu Bantu...

PADANG BESAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Datuk Sabry Ahmad kini banyak memberi tumpuan terhadap memastikan jentera UMNO bergerak...

“Bukan Salah Anda, Syaitan Yang Salah”

BEBERAPA hari lalu tular di laman sosial video seorang Muslim yang memeluk bukan Muslim dalam keadaan sayu di sebuah mahkamah.

Video itu mendatangkan pelbagai reaksi netizen apabila rata-ratanya bersetuju perlakuan yang ditunjukkan lelaki Muslim itu adalah Islam yang sebenar.

Lapor CNN, prosiding yang sedang berlangsung itu merupakan perbicaran seorang lelaki bernama Trey Alexander Relford yang didakwa membunuh anak lelaki Muslim berkenaan.

Namun, tindakan Abdul Munim Sombat Jitmoud memaafkan Relford nyata mengundang sayu suasana dalam mahkamah pada ketika itu.

Mungkin bagi sesetengah orang, tindakan Relford yang membunuh anak lelaki Abdul Munim dua tahun lalu merupakan satu kesalahan besar dan tidak dapat dimaafkan.

Namun, lelaki ini langsung tidak menyalahkan Relford, sebaliknya memaafkan perbuatan Relford terhadap anaknya, Salahuddin Jitmoud.

“Saya menyalahkan syaitan yang menyesatkan anda untuk melakukan jenayah. Saya tidak salahkan anda. Saya tidak marahkan anda. Saya maafkan anda,” kata Abdul Munim dipetik CNN.

Abdul Munim turut memeluk Relford ketika hukuman dijatuhkan.


Dalam pada itu, hakim yang bertugas terpaksa menghentikan prosiding yang diadakan di mahkamah di Lexington, Kentucky, Amerika Syarikat itu buat sementara waktu kerana sebak dengan tindakan Abdul Munim.

Abdul Munim turut berpesan kepada Relford supaya berbuat baik selepas keluar dari penjara dan yakin Tuhan itu mengampuni hambanya.

“Peluang untuk dimaafkan Tuhan terbuka. Jadi, dekatkan diri denganNya. Anda bakal ada kehidupan baharu,” katanya di mahkamah.

Menurut laman WKYT, anak Abdul Munim iaitu Salahuddin telah ditikam sehingga mati dan dirompak semasa membuat penghantaran piza di sebuah apartmen di Lexington pada April 2015.

Ekoran kejadian itu, tiga suspek ditahan, tetapi hanya Relford yang didakwa.

Relford didakwa atas tuduhan bersubahat membunuh, pembabitan dalam rompakan dan cubaan mengganghu bahan bukti dan menerima hukuman penjara selama 31 tahun. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori