Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Sedih’ Di Dada Goyang...

Jakarta - Selebriti Indonesia kelahiran Bandung, Chika Jessica mencetuskan polemik dalam kalangan pelayar...

UMNO Terus Jadi Benteng...

KUALA LUMPUR - Gendang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan dipalu bila-bila...

LTSAS Ditutup Kerana Berlaku...

IPOH - Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) terpaksa ditutup selama 24 jam...

7 Lelaki Ditahan Dalam...

SIK - Seramai tujuh lelaki warga tempatan berumur lingkungan awal 20-an hingga 57...

Buta Mata Tak Halang Zameer Kejar Cita-Cita

JOHOR BAHRU — Masalah penglihatan tidak menghalang usaha Murid Berkeperluan Khas (MBK), Mohamad Zameer Fikri Mustaffa, untuk dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang kategori Akademik selepas cemerlang dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR).

Pelajar berusia 12 tahun yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth Johor Bahru itu, mempunyai masalah penglihatan (B3) berikutan penyakit Glaukoma yang dihidapinya sejak kecil.

Namun itu tidak menjadi pematah semangat kepadanya malah menjadi pendorong kepadanya untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang Pengarah Filem 3 Dimensi (3D).

Katanya, guru-guru dan ibu bapanya juga telah banyak memberikan sokongan dalam menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

“Bila waktu belajar, saya akan belajar bersungguh-sungguh, bila datang masa bermain saya bermain tetapi pelajaran tidak diabaikan. Bila ada perkara yang tidak faham, saya akan tanya cikgu dan kena selalu rajin buat ulangkaji matapelajaran,” katanya sambil menambah tidak menyangka mendapat keputusan itu.

Mohamad Zameer, yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik, berkata cita-citanya untuk menjadi pengarah filem 3D muncul kerana minatnya menonton kartun animasi 3D.

Bapanya, Mustaffa Razali, 41, berkata ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan anak-anak mereka terutamanya yang memerlukan perhatian sepenuhnya agar tidak ketinggalan dalam mencapai kejayaan.


“Walaupun 80 peratus masa mereka adalah di sekolah asrama, ibu bapa tetap tidak boleh lepas tangan, kita perlu mainkan peranan, belajar sekali daripada cikgu-cikgu tentang cara bagaimana membimbing anak-anak yang istimewa seperti mereka.

“Saya cuma boleh mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu-cikgu sekolah yang telah berhempas pulas membantu anak-anak kami mencapai kejayaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah berkenaan di sini.

Sementara itu, Pelajar Cemerlang kategori Kokurikulum, Izzahatirah Tajuddin, 12, berkata minatnya terhadap aktiviti sukan juga tidak menjadi penghalang untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
​​​​​​​
Izzahatirah sebelum ini pernah mewakili sekolahnya ke peringkat kebangsaan dalam acara sukan lumba lari 100 meter, 200 meter dan lontar peluru dan membawa pulang pingat emas, perak dan gangsa bagi setiap kategori yang disertainya.

“Kita kena pandai bahagikan masa, kalau belajar… belajar, bersukan… bersukan. Bila kita terlepas matapelajaran yang cikgu ajar tanya balik, dan tanya kawan, buat ulangkaji,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurut Guru Besar SKPK Princess Elizabeth Johor Bahru, Mohd Dini Karim berkata pencapaian memberangsangkan tahun ini adalah hasil kerjasama erat antara murid, guru dan ibu bapa. – BERNAMA

Kategori