Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Teman Wanita Tikam Kekasih...

SEORANG wanita tergamak menikam teman lelakinya dengan pisau selepas berang dengan tindakan mangsa...

Polis Tahan Individu Dipercayai...

KUALA LUMPUR - Polis menahan beberapa individu di Kelantan dipercayai terlibat merancang melakukan...

Juruteknik Dituduh Bunuh Jurutera...

JOHOR BAHARU - Seorang juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas...

Google Matikan Aplikasi Di...

SAN FRANCISCO - Alphabet Inc. Google, semalam melaporkan ia bakal mematikan aplikasi iPhone...

Camilla Kagum Saksi Persembahan Di Teochew Puppet

GEORGE TOWN – Sejarah tercipta apabila Camilla, Duchess of Cornwall, menyaksikan buat pertama kali pertunjukan boneka dan opera yang dipersembahkan kumpulan Teochew Puppet and Opera House, di sini hari ini.

Camilla tiba di muzium yang menyaksikan kumpulan berkenaan mengadakan persembahan pada 1 petang dan disambut Pengarah Teochew Puppet and Opera House Ling Goh.

Baginda dihiburkan dengan pertunjukan selama 10 minit berjudul “The Wood Shed” (boneka) dan “Mui Gui Ying Get Married” (persembahan opera).

Selain pertunjukan boneka Teochew dan opera, baginda turut disajikan dengan persembahan wayang kulit.

Wayang Kulit itu dipersembahkan Ketua Pemuzik Kumpulan Wayang Kulit Sri Warisan Pusaka dari Machang, Kelantan, Abdul Rahman Dollah, 60, dan anaknya Ahmad Iryasad Abdul Rahman,15.

Daripada raut wajah, Camilla sangat teruja dan kagum menyaksikan pertunjukan tersebut .

Sementara itu, Ling memberitahu Bernama beliau sangat gembira dan terkejut setelah mendapat peluang mengadakan persembahan di hadapan kerabat diraja British itu.


Pertunjukan boneka (Teochew Puppet) sangat popular di Pulau Pinang selama sedekad, dan pada masa ini, persembahan itu masih dipertontonkan sebagai hiburan kepada masyarakat.

Pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman menyaksikan pertunjukan opera sebenar yang terkenal sejak beberapa tahun lalu.

Bangunan Opera House dibina di sebuah rumah kedai di zon warisan yang diwartakan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco), dan ia diwarisi oleh generasi kelima keluarga Kim Giak Low Choon.

Teochew Puppet and Opera House adalah antara 10 muzium terkenal di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Pengarah Kreatif Pusat Budaya Pusaka, Pauline Fan berkata Camilla sangat berminat dengan pertunjukan wayang kulit.

“Baginda menyatakan tidak pernah menyaksikan pertunjukan itu dan berminat mengetahui lebih lanjut mengenai alatan yang digunakan dalam persembahan tersebut,” kata Pauline. – BERNAMA

Kategori