Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tak Ada Foto Tapi...

TEPAT pukul 7.20 malam (Rabu 11 Oktober), saya melalui simpang empat menuju Jalan...

Mohon Maaf Buat Kecoh...

SUSULAN isu tiga remaja lelaki yang didakwa membuat onar dengan menumbuk dinding homestay...

Suami Isteri Maut Terkena...

SUAMI isteri maut apabila dua tayar lori sarat membawa pasir tercabut lalu merempuh...

Akta Hasutan Perlu Ditambah...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM), hari ini menggesa...

China Dedah Jalan Raya Unik Berbentuk Ular

BEIJING — China memang terkenal dengan mercu tanda unik sejak zaman dahulu lagi antaranya Tembok Besar dan Kota Larangan yang cukup hebat menjadi tarikan pelancong luar sehingga kini.

Namun bangunan moden pula pernah mencetuskan kontroversi selain bahan jenaka antaranya Stadium Olimpik di Beijing seperti sarang burung dan Kompleks Stesen Televisyen China di ibu kotanya pula seumpama seluar gergasi.

Malahan sebuah pusat pengajian tinggi awam, Universiti Teknologi Sumber Air dan Kuasa Elektrik China Utara di bandar raya Zhengzhou di wilayah Henan dikritik kerana kelihatan seperti mangkuk tandas dan tangki pam jamban.

Minggu lalu pula, masyarakat tempatan gempar dengan Perpustakaan Binhai yang baru dibuka di Tianjin kerana reka bentuk bangunan itu pelik dan agak futuristik, sekali gus menjadi tular dalam kalangan netizen antarabangsa.

Baca: Perpustakaan ‘Palsu’ Unik Di China Jadi Tular

Juga: China Bina Ibu Kota Baharu 3 Kali Besar New York

Dan: Reka Bentuk Universiti Ini Dikecam Macam Jamban


Kali ini agensi berita rasmi Xinhua mendedahkan sebatang jalan raya berwarna-warni dengan bentuk bengkang-bengkok telah menarik ramai pelancong ke kawasan perbandaran Chongqing, kira-kira 1,827 kilometer dari Beijing.

Barisan kereta dilihat sanggup berbaris panjang dengan melalui jarak sejauh 185 meter dan selebar lima meter itu dibina menurun sekitar kawasan berbukit daerah Fuling di wilayah yang juga diberi gelaran Three Gorges tersebut.

“Dengan bergerak secara bengkang-bengkok, ia mengingatkan kita kepada permainan lama, ular dan tangga,” kata Yang Xiaoyong, pekerja komunikasi di bandar peranginan Mexine Wine yang terletak bersebelahan jalan itu.

Atas faktor keselamatan semua pengguna ujarnya, setiap pemandu hanya dibenarkan bergerak pada kelajuan lima kilometer sejam, sekali gus dapatlah menikmati panorama unik kawasan tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori