Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3 Sungai Di Kelantan...

Situasi semasa tiga sungai di Kelantan telah melepasi paras amaran susulan hujan berterusan...

Baitulmuqaddis Perlu Kekal Seperti...

BANGKOK – Baitulmuqaddis harus kekal seperti sedia ada dan mana-mana negara tidak berhak...

Baru Nak Tunjuk ‘Power’,...

TULAR di media sosial sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang pemandu kereta cuba menunjuk...

Samsung, Apple Didakwa Sengaja...

ROM - Pihak berkuasa anti monopoli Itali telah melancarkan satu siasatan terhadap dua...

Cover Lagu, Fathia Curi Perhatian Asyraf Khalid

SEJAK kebelakangan ini, pelakon Fathia Latiff sering terpalit dengan pelbagai kontroversi yang sekaligus memberi impak  negatif kepada karier lakonannya.

Namun, baru-baru ini, pelakon 30 tahun ini berjaya menarik perhatian netizen dengan nyanyian merdunya menerusi lagu New Rules dari penyanyi asal Dua Lipa.

Bukan itu sahaja, malah video nyanyian cover yang dimuat naik oleh anggota kumpulan IAmNeeta, Patrick Anahoda di laman YouTube berjaya mencuri perhatian anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid.

Menerusi laman YouTube itu, Asyraf telah meninggalkan komen yang memuji nyanyian pelakon drama Ariana Rose itu.

“Wow. Tidak sangka suaranya (Fathia) begitu sedap,” tulisnya.

Dalam pada itu, Asyraf yang juga pemilik pengurusan artis A Klasse Management Sdn Bhd ini turut menasihati Fathia supaya lebih bersikap professional.

“Dia perlu menjaga dirinya dengan baik, menjaga perlakuan dan menghormati orang lain serta kerja mereka.

“Dalam kata lain, akstres ini perlu bersikap professional dan baharulah bakatnya akan lebih berharga. Saya pasti Fathia mempunyai bakat dalam kedua-dua bidang lakonan dan nyanyian,” tulisnya lagi.


Buat masa ini, video tersebut telah mendapat lebih 40,000 tontonan sejak Rabu lalu.

Rata-rata pendengar turut memuji nyanyian akstres ini dan menyatakan Fathia berbakat dalam bidang nyanyian.

Sementara itu, Patrick menyatakan yang dia fathia belum lagi mempunyai perancangan untuk berkolaborasi atau menghasilkan single.

“Fathia sekadar suka-suka sahaja tiada rancangan pun untuk menyanyi secara serius. Tapi pada pendapat saya suara dia bagus dan boleh jadi penyanyi,” katanya dipetik mStar Online.

Mungkin kerjayanya sebagai seorang anak seni boleh dikembangkan lagi menjadi seorang penyanyi. Siapa tahukan mungkin rezekinya dalam bidang itu. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori