WASHINGTON DC – Anda tentu dapat rasa kebelakangan ini, suhu lebih panas daripada biasa namun pernah anda bayang hal ini tidak sahaja dampak pada manusia tetapi makhluk hidup lain?
Salah satunya ialah cicah apabila saintis antarabangsa mendapati kesan kenaikan suhu mungkin secara harfiah berjaya membuatkan haiwan reptilia bersaiz gergasi tersebut seperti hilang punca atau mudah cakap “tiada otak”.
Penyelidikan terbaharu diterbitkan jurnal Royal Society Open Science menemui bahawa kenaikan suhu ekoran perubahan iklim ketika ini membuatkan cicak berjanggut atau bearded dragon lebih bodoh berbanding sebelumnya.
Spesies cicak berbadan raksasa yang berasal dari Australia ini telah lama popular sebagai haiwan peliharaan dalam kalangan pencinta binatang liar eksotik meskipun tidak sederhana dari segi saiz tubuh kelihatannya.
“Reptilia ini telah lama dianggap makhluk lembam dan tidak cerdas dari segi minda,” kata Anna Wilkinson, seorang ilmuwan kogniitf haiwan dari Univerity of Lincoln, Britain yang dipetik National Geographic baru-baru ini.
Namun, satu kajian menunjukkan bahawa cicak ini sebenarnya memiliki keterampilan kognitif yang kompleks mulai dari bidang navigasi atau pandu arah sehingga penyelesaian masalah ikhtiar hidup sewaktu kecemasan.
Dalam penyelidikan terbaharunya, Wilkinson dan rakannya menemui cicak dengan nama ilmiah Pogona vitticeps dapat meniru satu sama lain perilaku baharu, tahap interaksi sosial yang selama ini dianggap unik pada primat.
“Belajar amati perilaku orang lain dapat jadi jalan pintas untuk menemui solusi serta memungkinkan juga haiwan menyelesaikan tugas yang tidak dapat mereka selesai melalui uji cuba dan pembelajaran kesalahan,” ujar beliau.
“Reptilia perlu semua pembelajaran yang dapat dikumpul untuk sesuai diri ketika dunia berubah,” jelasnya. Otak cicak dibentuk saat perkembangan awal dan bererti kondisi telur yang naik suhu akan ada kesan jangka panjang.
Wilkinson dan pasukannya kemudian memutuskan untuk menyelidik apakah suhu inkubasi mempengaruhi kecerdasan cicak berjanggut terutama sarang haiwan ini yang mudah terdedah kepada perubahan iklim global.
Mereka ambil sampel 13 telur dan kemudian membahagi menjadi dua kelompok. Tujuh biji diinkubasi pada suhu 30 darjah Celcius manakala baki pula 27 darjah Celcius. Hasil menetas campuran jantan dan betina hampir sama.
Dua kelompok dipisah selama setahun hingga matang sebelum diuji dengan ditayangkan video aksi cicak yang buka pintu untuk ambil makanan. Setelah itu, mereka diberi waktu lima minit untuk cuba hal sama sepuluh kali.
Hasilnya cukup mengejutkan. Cicak yang pernah suhu lebih panas selama proses pembesaran awal (inkubasi telur) lebih kecil kemungkinannya untuk berjaya melaksanakan tugas. Bahkan, memerlukan waktu lebih lama bertindak.
Bagi Wilkinson, itu menunjukkan bahawa inkubasi yang lebih hangat akan mengganggu kemampuan haiwan untuk belajar daripada orang lain. Kajian sama pernah dilakukan pakar ekologi mergastua, Jonathan Webb.
Beliau melihat bahawa kenaikan suhu memiliki pengaruh buruk pada pembelajaran spesies cicak beludru dengan nama saintifiknya Amalosia lesuerii. Selain itu, tokek yang diinkubasi pada suhu lebih panas berwana lebih kusam.
Ia cenderung tidak dapat bertahan di alam bebas. Menanggapi penemuan Wilkinson, Webb pun mengatakan, impak inkubasi berpengaruh pada kemampuan kognitif yang berlanjut hingga dewasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA