Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

5 MoU Dimeterai Sempena...

KUALA LUMPUR - Syarikat dan agensi kerajaan negara-negara Islam hari ini memeterai lima...

2 Anggota Polis Dipenjara,...

SHAH ALAM - Dua anggota polis masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan...

Ancaman Keganasan Tidak Jejas...

IPOH - Ancaman keganasan yang melanda seluruh dunia tidak menjejaskan sektor pelancongan di...

Dua Lelaki Menyamar Anggota...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis trafik bagi menjalankan...

Daerah Ingin Anjur Tahun Melawat Daerah Dibantu

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan membantu setiap daerah yang ingin mengadakan Tahun Melawat Daerah bagi melonjakkan lagi industri pelancongan di kawasan masing-masing, kata Menterinya Datuk Masidi Manjun.

Masidi berkata ia antara strategi kementerian untuk mengetengahkan keunikan di setiap daerah yang sememangnya mempunyai keistimewaan masing-masing selain membuka ruang dan peluang kepada penduduk sekitar mengembangkan potensi perniagaan dalam bidang pelancongan.

“Strategi ini perlu dilakukan bagi memastikan semua penggiat industri pelancongan di semua peringkat di Sabah mendapat manfaat daripada sektor ini,” katanya menjawab soalan Datuk Samsudin Yahya (BN-Sekong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Katanya strategi itu juga seiring dengan usaha kementerian dan agensinya untuk memastikan setiap pelancong yang datang ke Sabah dibawa melawat daerah lain dan tidak tertumpu di kawasan pelancongan di sekitar Kota Kinabalu semata-mata.

Masidi berkata kementeriannya turut menggalakkan pelabur untuk membina lebih banyak hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah kerana hotel sedia ada tidak dapat menampung keperluan yang meningkat saban tahun.

Pada masa ini Sabah mempunyai 635 hotel yang menawarkan keseluruhan 27,125 bilik, katanya.


Dalam pada itu, Masidi berkata ketibaan pelancong di Sabah bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini cukup memberangsangkan dengan 2.01 juta pelancong domestik dan sekitar sejuta pelancong antarabangsa direkodkan.

Sementara itu, menjawab soalan Dr Erwin Bosi (PAN-Kepayan), Masidi berkata Tahun Melawat Tambunan yang diadakan baru-baru ini berjaya membuka mata pelabur untuk membuat pelaburan dan membina resort di daerah berkenaan. – BERNAMA

Kategori