Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Tinjau Pengangkutan Awam,...

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana...

425,251 Calon Duduki Ujian...

KUALA LUMPUR - Seramai 425,251 calon menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di...

Pemuda UMNO Seru Rakyat...

JOHOR BAHRU - Kesal dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang jelas menghina...

Jenazah Allahyarham Dr. Fadi...

KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Dr. Fadi Mohammed Al Batsh yang ditembak mati...

Dana Banjir: DAP Terima RM6 Juta Tapi Agih RM5 Juta?

TRAGEDI banjir besar yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini telah menampakkan betapa kerajaan pusat begitu prihatin terhadap nasib rakyat Malaysia tanpa kira apa jua fahaman politik.

Menurut laporan media, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menguruskan semula keadaan negeri itu pasca bencana di samping bina 13 beting penahan banjir di seluruh negeri berkenaan.

Pada masa sama, DAP Pulau Pinang turut melancarkan tabung derma kilat buat kerajaan negeri berkenaan sehingga menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan sendiri kerana diragui dari segi ketelusannya!

Ini terbukti apabila Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dengan bangga mengumumkan sebanyak RM6.185 juta berjaya dipungut hasil daripada sumbangan orang ramai dan beberapa buah syarikat pro-parti itu.

Namun begitu, daripada jumlah ini, menurut laporan portal berita propembangkang tersebut semalam, hanya RM5 juta sahaja kemudian diagihkan DAP kepada seluruh rakyat yang terjejas akibat banjir terburuk berkenaan.

Mengikut pecahan, cuma RM500 diberikan kepada lebih 3,000 orang mangsa yang terjejas, setelah mereka dikecualikan daripada bayar bil air untuk dua bulan dan dikecualikan beberapa jenis cukai juga untuk dua bulan.

Menariknya, daripada jumlah diumumkan oleh Kon Yeow ini jika dibandingkan dengan apa yang diumumkan oleh kerajaan negeri sendiri, baki sebanyak RM1.185 juta itu pula tidak diserahkan kepada rakyat Pulau Pinang.

Baca: Kerajaan BN Dituduh ‘Gila’ Itulah Datang Bantu P.Pinang

Sedangkan, jika menurut pemahaman sebelum ini, kerajaan DAP negeri itu mengumumkan, setiap hasil derma yang berjaya dipungut, akan diserah balik seratus peratus kepada seluruh rakyat Pulau Pinang terjejas sebagai mangsa.

Timbul persoalan, ke manakah hilang wang RM1.185 juta yang dikutip itu telah dibelanjakan? Kenapa pula masih terdapat baki wang sebanyak itu dan ia disimpan begitu sahaja oleh DAP? Walhal ia dikutip untuk bantu mangsa!


Jika menurut perkiraan kasar, sekiranya RM6.185 juta berkenaan dibahagikan sama rata kepada 3,000 mangsa banjir, setiap seorang mendapat RM2,266 manakala jika cuma RM5 juta, setiap seorang memperoleh RM1,666.

Bukankah agak pelik jika diperhatikan kepada jumlah yang diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng kepada mangsa banjir di Pulau Pinang? Mudah cakapnya kutip banyak tapi agih sikit sahaja… Mana keadilannya?

Benarlah seperti yang disarankan oleh salah seorang pemimpin UMNO di Pulau Pinang yang berkata, sepatutnya, setiap seorang rakyat Pulau Pinang terjejas akibat banjir dahsyat ini wajar menerima RM2,000 setiap seorang.

Malah, amaun ini mungkin akan menjadi lebih tinggi sekiranya kediaman mereka terjejas teruk dan tidak lagi boleh didiami. Kini, terserah kepada Guan Eng untuk menerangkan misteri ke mana hilangnya RM1,185 juta lagi.

Ia kini telah tular dan menimbulkan tanda tanya ramai pihak khususnya di Pulau Pinang kerana pentadbiran negeri itu konon bangga melaungkan konsep ketelusan dan akauntabiliti. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori