Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Berkenan Hadiri...

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah...

Polis Kelantan Tahan Lelaki...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan seorang lelaki dipercayai penyeludup senjata api dalam...

Anggota Kagat Disaran Tambah...

PORT DICKSON - Anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) disaran supaya menambah ilmu...

Perangai Bakal Pengantin Yang...

SELESAI berpuasa, kini tiba masa untuk menghadiri jemputan perkahwinan pula. Baik perkahwinan saudara...

Dana Tabung Bencana Cukup Untuk Seluruh Negara

KUALA LUMPUR – Dana Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara yang diuruskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa mencukupi untuk menguruskan bencana banjir yang berlaku di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata, sejak 2013 tabung bantuan itu telah membelanjakan sebanyak RM422 juta untuk pengurusan bencana termasuk perpindahan penduduk, penyediaan makanan dan kebajikan kepada mangsa banjir termasuk pemberian bantuan wang ihsan.

“Kita tidak ada masalah dari segi pengurusan bencana banjir… tabung kita sentiasa mencukupi, tetapi kalau ada pertambahan peruntukan pun (untuk pengurusan bencana), itu lebih baik.

“Bencana besar berlaku pada 2013 di Kuantan, kemudian diikuti Terengganu dan Kelantan pada 2014 dan 2015 yang melibatkan lebih 650,000 mangsa. Pada 2016, lebih 100,000 mangsa banjir terlibat di seluruh negara dan untuk tahun ini banjir bermula di bahagian utara Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjawab perbahasan usul khas yang dibawa oleh Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) mengenai bencana banjir di Pulau Pinang pada persidangan Kamar Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Shahidan berkata penubuhan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) di peringkat komuniti juga perlu diperluaskan bagi memastikan ada pihak yang menguruskan bencana di peringkat komuniti dan kampung sebelum ketibaan bantuan agensi kerajaan.


“Di Pulau Pinang sendiri telah ada pasukan sukarelawan, tetapi mereka perlu menyertai sukarelawan di bawah Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi membolehkan tindakan awal dilakukan untuk apa-apa kejadian bencana,” katanya.

Shahidan berkata CDERT juga akan dibekalkan segala keperluan dan aset lengkap bagi menyalurkan bantuan awal bencana banjir.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Dr Hamim Samuri,yang turut hadir pada sesi Kamar Khas itu, berkata kesan banjir di Pulau Pinang mungkin dapat dikurangkan sekiranya kawasan terlibat mempunyai sistem saliran yang lebih baik.

“Kita sedia maklum ada beberapa sistem saliran yang belum siap antaranya di Sungai Pinang dan beberapa lagi sungai lain. Ada juga yang telah siap sebahagian dan ada yang dalam proses pembinaan, semua ini akan kita selesaikan nanti,” katanya. – BERNAMA

Kategori