Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

27 Kampung Di Daerah...

KOTA KINABALU - Sejumlah 27 kampung di daerah Beaufort dinaiki air berikutan hujan...

Ketua Penceroboh Lahad Datu...

MELAKAR titik hitam dalam sejarah negara, tragedi pencerobohan Lahad Datu yang berlaku pada tahun...

Adakah Ini Punca Kes...

Kebelakangan ini heboh di laman sosial perihal gambar beberapa kereta yang mempunyai nombor...

Video: Ini Punca Majlis...

GOMBAK - Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari bahagia buat pasangan pengantin, bertukar...

DAP Parti Hipokrit Sanggup Kerjasama Dengan Dr M

KUALA LUMPUR – DAP merupakan sebuah parti hipokrit kerana sanggup bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memuaskan agenda politik mereka.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sejak berdekad-dekad lamanya, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang serta pemimpin lain parti itu telah mengutuk, menghentam dan mengecam Dr Mahathir, malah menggelarnya dengan pelbagai nama seperti diktator, hantu dan maha firaun, yang menghancurkan sistem demokrasi dan kehakiman negara serta terlibat dalam berbagai skandal mega.

“Kalau dulunya, Mahathir dikutuk habis-habisan oleh DAP, hari ini DAP bukan sahaja memeluk dan mendukung Tun Mahathir, tetapi mahu Mahathir kembali menjadi perdana menteri. Inilah hipokrasi DAP.

“Ini menunjukkan DAP sebagai sebuah parti yang tidak ada maruah, tiada prinsip dan tidak ikhlas,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-64 MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan perhimpunan agung itu.

Liow turut menarik perhatian para perwakilan pusat terhadap kad laporan Dr Mahathir semasa pemerintahannya selama 22 tahun, dan berkata Kit Siang telah lupa mengenai perkara-perkara yang dilakukan bekas perdana menteri itu.


Katanya, antara “legasi” Dr Mahathir yang telah membebankan rakyat adalah beban tol, kerugian besar MAS, Perwaja, Forex, konsensi perjanjian yang berat sebelah dan penswastaan kepada kroni-kroni dan amalan nepotisme.

“Dalam kes ini, Lim Kit Siang menerima seorang pemimpin yang telah gagal dan dia sendiri membuat tuduhan mengengenai skandal mega, kronisme, nepotisme dan peraturan drakonian,” katanya.

“Tapi, hari ini, Lim Kit Siang sudah tua, dia sudah lupa. dia sudah buat pusingan U. Inilah DAP, yang tekal tidak konsisten,” katanya. – BERNAMA

Kategori