Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kubur Islam Terawal Abad...

WASHINGTON DC - Pakar arkeologi antarabangsa mengenal pasti tiga petak tapak perkuburan Islam...

Dua Warga Asing Maut...

KOTA KINABALU - Dua lelaki warga asing maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung...

Covid-19: Tahap Kebimbangan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Tahap kebimbangan rakyat Malaysia terhadap pandemik Covid-19 adalah tinggi berbanding...

POCA: Datuk Seri, 2...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ bersama dua anggota polis memfailkan...

Dapat Cium Hajar Aswad, Pengalaman Manis Marsha

WALAUPUN baru dua tahun penyanyi ini memeluk Islam, nampaknya rezeki Marsha Milan untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah dipermudahkan.

Namun, Marsha mengakui dia sedikit gusar untuk menjadi tetamu Allah kerana gelaran saudara baharu yang digalasnya.

Tetapi, perkara itu tidak mematahkan semangat Marsha untuk mendalami dan melaksanakan ibadat itu awal bulan lalu.

Baca: Tahun Kedua Peluk Islam, Marsha Tunai Umrah

Menurut Marsha, dia mempersiapkan dirinya dengan menghadiri kelas agama bersama suami tercinta serta keluarga mentuanya.

Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh mengakui ibu mertuanya banyak membantunya sebagai ‘saudara baharu’ dalam melaksanakan ibadat tersebut.

“Saya bersyukur kerana keluarga mentua banyak memberi tunjuk ajar, terutama ibu mentua yang sering menunaikan umrah.

“Pelbagai andaian bermain di benak fikiran sebelum ke Tanah Suci apatah lagi mendengar pengalaman rakan-rakan.

“Sebagai mualaf, masih banyak yang perlu saya pelajari. Saya ada mengikuti kelas agama sebelum berangkat ke Makkah.

“Alhamdulillah, ibadat umrah lancar dan semuanya dipermudahkan buat ‘orang baharu’ seperti saya,” katanya dipetik BH Online.


Menjadi impian utama untuk mencium Hajar Aswad bagi sesiapa sahaja yang berada di depan Kaabah. Namun, tidak semua orang berpeluang memegang dan menciumnya.

Penyanyi lagu Hilang ini sangat bersyukur dipilih untuk mencium batu syurga tersebut kerana dia tahu bukan mudah untuk berada rapat dengan kawasan hajar Aswad itu diletakkan.

“Ada yang bercerita tidak berpeluang mendapat nikmat itu, namun saya bersyukur dipermudahkan semuanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi ini menyimpan hasrat untuk kembali ke Tanah Suci itu lagi di masa akan datang.

Marsha, suami dan keluarga mertuanya bertolak ke Makkah pada 1 November lalu dan kembali ke tanah air pada Ahad lepas. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori