Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Varian Baharu Covid ‘mengganas’...

LONDON – Satu varian Covid-19 yang lebih menular mula mendominasi kes di kebanyakan...

RM2.3 Bilion Perkasa Usahawan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.3 bilion dalam 10 program keusahawanan wanita...

Huru Hara KLIA2.. Bila...

KEADAAN Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang pada Selasa, huru...

Siti Kasim Bertanding PRU-15...

PETALING JAYA : Kumpulan inisiatif bersama yang membantu menilai dan mempromosikan calon-calon bebas...

Difitnah Pura-Pura Bahagia, Ini Respon Shila Amzah…

ALAHAI…baru sahaja penyanyi, Shila Amzah selamat bertunang pada Jumaat lepas nampaknya ada sahaja mulut puaka yang dengki nak kritik macam-macam!

BACA : Tahniah… Shila Amzah Kini Sah Jadi Tunangan Orang

BACA : Shila Amzah Kena Sound Tak Ada Adab?

Di saat Shila ingin melayari kebahagiaan bersama-sama jejaka pilihannya yang bernama Haris Elias itu, tiba-tiba muncul pula dakwaan murahan mengatakan wanita itu berbuat demikian kerana ‘terpaksa’.

Hai…orang tu tengah bahagia, yang nak dikacau jugak dah kenapa?

Menerusi salah satu posting terbaru Shila, terdapat beberapa komen berbaur negatif yang ditinggalkan oleh seorang pengikut Instagram penyanyi berkenaan.

Pengguna yang dikenali dengan nama, cbebe1 mendakwa pelantun lagu patah seribu ini sebenarnya hanya berpura-pura bahagia.

Selain itu, individu berkenaan turut mendakwa Shila mengambil keputusan untuk bertunang hanya kerana bekas teman lelakinya, Shaarnaz kini sudah berumah tangga.

Namun enggan melatah, pemilik nama sebenar Nur Shahila Amir Amzah sebaliknya membalas komen yang ditinggalkan itu dengan tenang.

Shila memberitahu dia bersyukur kerana selepas beberapa kali memilih orang yang salah, akhirnya dirinya dipertemukan dengan ‘Mr Right’.


Tambahnya lagi, dia mengakui bahawa dirinya kini sememangnya sedang gembira dan berasa kesal dengan sikap peminat yang tidak boleh menerima hakikat tersebut.

Balasan komen yang ditinggalkan oleh penyanyi kelahiran ibu kota itu dilihat mendapat pujian daripada netizen.

Rata-rata antara mereka meminta agar Shila bersabar dalam menerima kritikan negatif sedemikian.

Hmmm…Persetankan je mulut orang yang tak tahu apa-apa tu! Wish u all the best dan semoga segala urusan dipermudahkan. Keep praying okay– MYNEWSHUB/AM

Kategori