Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bill Cosby Kembali Ke...

NORRISTOWN (CALIFORNIA) - Ikon televisyen Amerika Syarikat (AS), Bill Cosby kembali ke mahkamah...

Tubuh Kumpulan Banteras Pembiayaan...

CANBERRA - Menteri Keadilan Australia, Michael Keenan pada Rabu mengumumkan penubuhan satu kumpulan...

Rupa-Rupanya Isteriku Sering ‘Makan...

KELAKUAN pelik seorang isteri yang sering memesan Grab terbongkar apabila suami wanita tersebut...

Wanita Maut Dalam Kemalangan...

SEREMBAN - Seorang wanita maut dalam kemalangan apabila kereta yang dipandu suaminya melanggar...

Disahkan Bebas Kanser Tapi Mati Selepas Kahwin

SYDNEY – Keluarga seorang wanita yang meninggal dunia hanya tiga bulan selepas berkahwin ketika dia disahkan menghidap kanser kulit menuntut penjelasan daripada doktornya.

Leah Debono, 29, meninggal dunia pada Januari lalu akibat kanser kulit yang telah merebak ke beberapa bahagian badannya termasuk otak, paru-paru dan tulang.

Menurut media Australia, mendiang sebelum itu sudah disahkan sebagai bebas daripada kanser kulit pada 2013 lalu.

Namun wanita itu kembali bertarung nyawa dengan penyakit tersebut hanya selepas berkahwin dengan suaminya, Ben Debono, pada Oktober tahun lalu.

“Saya melihat dia menghembuskan nafas terakhirnya. Anda tidak ingin melalui pengalaman seperti itu. Ia amat kejam,” kata bapanya, Lex Dubano.

Leah sering menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya empat kali setahun tetapi doktor tidak menyedari kanser itu telah kembali semula.

Sebulan selepas majlis perkahwinannya, mendiang pengsan di tempat kerja dan dikejarkan ke sebuah hospital.


Namun doktor mengesahkan Leah mungkin kepenatan.

Malahan Leah turut memikirkan dia mungkin hamil.

“Leah sentiasa di hati saya,” kata Ben. – mStar Online

Kategori