Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Harakah Gagal Minta Maaf,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak hari ini, meneruskan...

Bangunan Sultan Iskandar Terima...

JOHOR BAHRU - Penduduk bandaraya ini gempar malam tadi apabila Bangunan Sultan Iskandar...

PRK PD: Mohd. Isa...

BERTANGGUNGJAWAB... Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Tan Sri Mohd....

Kes Positif COVID-19...

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 56.6 juta.Ini berikutan...

Dua Lagi Atlet Emas Russia Digantung Seumur Hidup

BERLIN – Lima lagi atlet Russia yang bertanding di Olimpik Musim Sejuk Sochi pada tahun 2014, digantung seumur hidup akibat doping semalam, dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata, bekas ketua anti doping Russia yang kini menjadi pemberi maklumat, bercakap benar.

Antara atlet yang digantung termasuk Dmitrii Trunenkov dan Aleksei Negodailo, kedua-duanya berada dalam skuad emas luncur bobsleigh empat sepasukan, serta pemenang pingat perak acara biathlon berganti-ganti Yana Romanova dan Olga Vilukhina, yang turut memenangi perak acara 7.5 kilometer.

Penggantungan terbaru itu menjadikan keseluruhan 19 atlet Russia daripada temasya berkenaan digantung seumur hidup, dengan IOC membatalkan keputusan-keputusan berikutan penularan kes doping atlet-atlet Russia yang bertanding di Olimpik Sochi.

IOC turut mendedahkan punca mereka mengenakan hukuman gantung seumur hidup ke atas atlet pertama Russia yang disabitkan kesalahan dalam siasatan berkenaan – juara merentas desa Alexander Legkov.

IOC berkata, terbukti Legkov antara watak penting yang terbabit dalam skim mengganggu sampel atlet-atlet Russia di Sochi.


Badan induk Olimpik itu dalam proses menguji semula sampel-sampel atlet Russia daripada temasya itu selepas bekas ketua makmal anti-doping di Moscow, Grigory Rodchenkov mendedahkan terdapat usaha menutup keputusan-keputusan positf atlet mereka.

“Badan Disiplin IOC membuat kesimpulan, tidak kira apa punca dan kesalahan yang mungkin dilakukannya sebelum ini, Rodchenkov bercakap benar ketika dia menerangkan tentang skim yang diuruskannya itu,” kata IOC. – REUTERS

Kategori