Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

KJ Sahkan Berita Atlet...

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahkan seorang atlet elit kebangsaan telah gagal...

Rancang Sediakan Pejabat APM...

KUALA LUMPUR - Kerajaan merancang menyediakan unit atau pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia...

Laluan Batang Kali-Genting Highlands...

KUALA LUMPUR - Laluan Batang Kali - Genting Highlands Seksyen 14, Hulu Selangor,...

Murad Khalid Hadir Prosiding...

PUTRAJAYA – Kehadiran bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad...

Dua Penduduk Pulau Tioman Dilaporkan Hilang

KUANTAN – Dua penduduk Pulau Tioman dilaporkan hilang sejak petang semalam, selepas menaiki bot laju dari jeti Sungai Puteri, Rompin, dekat sini untuk pulang ke pulau itu.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang hilang dikenali sebagai Amat Muhamad, 50, dan Mohd Abdul Lattif Kasim, 20, yang dikatakan menaiki bot itu pada jam 1.30 tengah hari semalam.

“Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak tiba di Pulau Tioman menyebabkan abang Amat, Badrulsah yang tinggal di Kampung Paya pulau itu membuat laporan polis pada jam 10 malam semalam,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kekuataan 73 anggota dilancarkan mulai jam 7 pagi ini melibatkan anggota polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerusi KM Langkawi, Jabatan Taman Laut Malaysia dan 24 penduduk Kampung Pulau Tioman dengan menggunakan enam bot.


Azli berkata keadaan hujan lebat dan laut bergelora pada hari ini turut menyukarkan operasi itu selain tidak sesuai kepada bot kecil. – BERNAMA

Kategori