Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kemalangan Jalan Raya Di...

KUCHING - Jumlah kemalangan jalan raya di Sarawak mencatat peningkatan sebanyak 6.9 peratus...

Ibu Campak Mayat Anak...

SEORANG ibu yang terlalu marah dan kecewa kerana anaknya menghidap anorexia, memasukkan mayat...

Wanita Buat Kecoh Di...

LONDON - Seorang wanita diberi amaran polis kerana menyebabkan kekecohan di sekolah yang...

PRN Johor: BN Kaji...

JOHOR BAHRU : UMNO dan Barisan Nasional (BN) belum memuktamadkan keputusan sama ada...

Dua Pusat Pemindahan Di Kubang Pasu Ditutup

ALOR SETAR – Dua pusat pemindahan sementara yang menempatkan 54 mangsa banjir kilat di Kubang Pasu telah ditutup apabila kesemua mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak pukul 10 pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa berkata dua pusat pemindahan itu adalah Dewan Tokong Cina dan Kampung Lahar.

Beliau berkata pihaknya telah membenarkan kesemua mereka yang terdiri daripada 14 buah keluarga pulang ke rumah masing-masing selepas keadaan banjir kembali pulih berikutan cuaca cerah sejak dua hari lepas.

Sejak banjir kilat melanda beberapa kawasan di Changlun dan Jitra sejak empat hari lepas, lebih 300 orang telah dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara. – BERNAMA

Kategori