Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

CAP Mahu Larangan Sepenuhnya...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu kerajaan melaksanakan larangan sepenuh...

JPV Ambil Sampel Bangkai...

BESUT : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah selesai mengambil sampel daripada bangkai...

Tun M Bodoh Rakyat,...

KETIKA India muncul sebagai negara ke-160 melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada...

Peniaga Bogelkan Pencuri Di...

Zhejiang - Seorang wanita hampir ditelanjangkan di khalayak ramai selepas baju dan colinya...

Elyana Tak Kisah Berkaki Ayam Ketika Menyanyi

SIAPA yang tak kenal dengan kelincahan penyanyi lagu Kalis Rindu ini apabila dia ‘beraksi’ di atas pentas… Terbaharu dia menjadi tular setelah muncul selamba mengenakan gaya ‘kaki ayam’.

Menurut Erneelya Elyana Emrizal atau Elyana, dia mengakui lebih selesa tampil tidak berkasut setiap kali membuat persembahan untuk memberikan keyakinan kepadanya.

“Dari dahulu lagi saya memang seorang manusia yang tidak boleh memakai kasut ketika membuat persembahan.

“Sebab kalau berkasut, saya akan jadi gugup dan lupa dengan semua benda yang akan dilakukan. Jadi saya berkaki ayam untuk keselesaan diri saya sendiri,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Tambah pelakon drama Dunia Baru itu,bergantung kepada keselesaan kasut yang dipakainya dan jika sesuai, dia akan terus memakai kasut ketika membuat persembahan dalam konsert Gegar Vaganza (GV4) selepas ini.

Tapi baginya, imej kaki ayam lebih sesuai dengan dirinya yang gemar bergerak ke sana kemari ketika menyanyi di atas pentas.

“Setakat ini saya masih selesa untuk berkaki ayam,” tambahnya lagi.

Ahad lalu, ketika konsert pertama GV4, Elyana telah menyampaikan lagu nyanyiannya sendiri, Tak Tercapai Akalmu dan dia turut menerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Diminati.


“Saya sangat berbesar hati dan memang tak sangka langsung, waktu saya terima anugerah itu pun rasa seperti tak percaya.

“Sebab pada saya, rasanya lebih banyak lagi lagu-lagu lama yang orang kata lebih layak untuk menang,” ujarnya.

Elyana telah berada di kedudukan ketujuh dan memperoleh peratus sebanyak 85% pada konsert pertama Ahad lalu.

Ketika ini, penyanyi berusia 30 tahun itu sedang mengikuti kelas vokal bagi menambah ilmu pengetahuannya berkenaan muzik agar dia akan lebih faham komen yang diberikan oleh para juri.-MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori