Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Guru Kasari Murid...

TINDAKAN seorang guru melayan anak-anak muridnya yang agak kasar menimbulkan persepsi buruk penjaga...

Lesen Pengelola Jemaah Haji...

PUTRAJAYA : Lembaga Tabung Haji (Th) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz...

Pingat Bukan Sasaran Utama...

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong mengutamakan semangat berpasukan daripada...

Rooney Buat Hal Lagi,...

WAYNE Rooney ditahan kerana mabuk di khalayak ramai selepas dipercayai mengambil ubat tidur...

Empat Rumah Kedai Musnah Dijilat Api Di Batu Pahat

JOHOR BAHRU – Empat rumah kedai di persimpangan Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat, dekat sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, api dipercayai bermula dari sebuah kedai menjual aksesori kereta sebelum merebak ke kedai bersebelahan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat Mohd Fauzi Md Nor berkata 17 anggotanya bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 7.04 pagi.

“Setibanya di lokasi, kita dapati empat rumah kedai setingkat yang menjual pelbagai barangan sedang marak terbakar.

“Ketika itu tiada pekerja mahupun pemilik berada dalam kedai itu, namun tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan lima lagi kedai daripada turut dijilat api manakala sebuah lagi terbakar kira-kira 70 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Beliau berkata kesemua kedai itu dipercayai sudah berusia kira-kira 30 tahun dan api merebak dengan cepat kerana dinding antara lot kedai berkenaan diperbuat daripada papan lapis.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan. – BERNAMA

Kategori