Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

TLDM Sedang Berunding, Minta...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang berunding dengan perompak untuk...

Polis Periksa Semula Premis...

ALOR SETAR - Bagi memastikan usaha pihak polis membanteras kegiatan perjudian berjaya, pemeriksaan...

QZ8501: Penggera ‘Berbunyi Kuat’...

JAKARTA - Penggera amaran dalam penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 kedengaran 'berbunyi kuat' ketika...

Dipaksa Kahwin Dengan Senapang...

Seorang wanita telah mendedahkan bagaimana dia dipaksa mengahwini sepupunya di Pakistan dalam keadaan...

Esscom Mengekalkan Keamanan, Kedaulatan Sabah

TAWAU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) adalah entiti penting dan masih releven dalam mengekalkan keamanan dan kedaulatan negeri ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat berkata kejayaan Esscom dapat dilihat apabila tiada kes penculikan dilaporkan tahun ini ekoran langkah ofensif agensi itu semasa Op Coral hujung tahun lepas.

“Semua masyarakat daripada pelbagai lapisan perlu sentiasa meletakkan kepercayaan tinggi kepada pasukan keselamatan yang menjaga kedaulatan dan keamanan Sabah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Tugas menjaga keamanan bukanlah sesuatu yang mudah kerana pasukan keselamatan kita sentiasa terdedah kepada cabaran dan bahaya semasa menjalankan tugas,” katanya ketika melancarkan Program Semarak Rakyat Bersama Esscom ‘Sabah Tanah Airku’ peringkat daerah Tawau di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali berharap masyarakat menyedari peranan dan tanggungjawab bersama dalam mengekalkan keamanan dan kedaulatan Sabah.


“Kalau Esscom bertindak sendirian habislah kami, kami perlukan masyarakat untuk membantu kami sebab itu kita adakan program seperti ini untuk lebih dekat dengan masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Kategori