Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

“Bukan Abang Saya, Rafizi...

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan mengancam untuk menyaman...

AC Mizal Nafi Ada...

KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal menafikan mempunyai kaitan dengan skim piramid...

Adakah Berkongsi Ketuhanan Kristian...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mempersoalkan adakah perbuatan Yang Dipertua Dewan...

SKMM Kerjasama Dengan Polis...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia...

Facebook Bantu Pengguna Nilai Kesahihan Berita

SAN FRANCISCO – Facebook berkata ia akan membantu pengguna melihat sama ada mereka ‘suka’ atau ‘ikut’ kenyataan yang dianggap sebagai usaha Russia untuk campur tangan pada pilihan raya presiden tahun lalu.

Peralatan perisian yang akan disiarkan akhir tahun ini akan membolehkan pengguna melihat sama ada mereka terbabit dengan laman Facebook dan Instagram yang ada kaitan dengan Agensi Penyelidikan Internet antara Januari 2015 dan Ogos tahun lalu.

Agensi itu dilihat sebagai sumber Russia menyebarkan propaganda atas talian.

“Penting bagi orang ramai memahami bagaimana anasir luar cuba mencetuskan perpecahan dan tidak percaya kepada penggunaan Facebook sebelum dan selepas pilihan raya AS 2016,” menurut Facebook dalam kenyataan di blog.

Penciptaan peralatan baru itu dibuat susulan tekanan dikenakan Kongres ke atas Facebook dan gergasi internet lain untuk membolehkan pengguna tahu jika mereka terdedah kepada propaganda Russia menjelang pilihan raya.

Google, Facebook dan firma teknologi lain menyertai pertubuhan berita global awal tahun ini dalam inisiatif bertujuan mengenal pasti sumber berita ‘boleh dipercayai’ dalam usaha terbaru memerangi salah maklumat atas talian.


Microsoft dan Twitter juga bersetuju menyertai ‘Trust Project’ dengan 75 pertubuhan berita untuk menanda berita baru yang memenuhi piawaian etika dan ketelusan.

Google, Twitter dan Facebook dikecam kerana membenarkan penyebaran berita palsu, sebahagiannya dilakukan Russia, menjelang pilihan raya AS 2016 dan negara lain. – AFP/myMetro Online

Kategori