Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Aeril, Wawa Kena Kecam...

SIAPA tidak kenal dengan pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini? Apa...

Tuah Mirip Siti Nurhaliza,...

DEK kerana wajah mirip artis terkenal tanah air, seorang wanita tiba-tiba menjadi popular...

Bagaimana Seorang Bukan Islam...

Caranya...dengan menggunakan fakta dan bukan emosi...Mungkin bahasa Yuktes Vijay ni agak kasar, tetapi...

Wardina Tegur Usahawan Tudung...

WALAUPUN sudah berhijrah menetap di Australia, namun selebriti Wardina Saffiyah Fadhullah Wilmot tetap...

Filem Pertama, Pinjamkan Hatiku Beri Ayda Cabaran

LAKONAN dalam drama dan filem merupakan dua perkara yang berbeza. Namun dalam setiap babak lakonan, para pelakon perlu memberikan yang terbaik menerusi aksi mereka.

Bagi penyanyi dan pelakon yang sering dilihat membintangi drama tempatan, Ayda Jebat turut mengakui bahawa dia berasa agak gementar untuk penampilan filem pertamanya itu.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 25, bakal muncul dalam filem pertama lakonannya iaitu Pinjamkan Hatiku yang akan ditayangkan pada 30 November ini.

Filem tersebut diarahkan oleh Osman Ali dan merupakan terbitan Aurawhite Global Sdn. Bhd., yang merupakan sebuah syarikat pengeluar produk kecantikan.

“Saya akui perasaan gemuruh dan gementar itu ada. Lakonan dalam filem berbeza dengan drama bersiri atau telefilem. Saya harus memberikan hasil kerja terbaik demi peminat.

“Watak Laila Safitri agak mencabar untuk saya bawakan. Laila menunjukkan permainan emosi dari awal hingga penghujung cerita.

“Alhamdulillah, berkat bantuan pengarah, pelakon dan krew produksi, semuanya berjalan lancar,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Tambah pelakon yang dikenali menerusi drama Rindu Awak 200% itu, dia berterima kasih kepada pelakon veteran, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy yang merupakan guru lakonannya.


“Saya banyak belajar dari Kak Ogy. Dia memberikan saya penjelasan mengenai watak Laila dengan lebih mendalam.

“Kedudukan Kak Ogy sebagai pelakon berpengalaman memang banyak mengajar saya. Kelas lakonan selama dua minggu memang sangat bernilai dan saya amat menghargainya,” ujar pelakon kelahiran negeri Bandaraya Bersejarah itu.

Filem Pinjamkan Hatiku turut menampilkan Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia dan ramai lagi sebagai bintang utama.

Sebelum ini, Ayda pernah menggemparkan industri hiburan apabila dia seolah-olah tidak berpuas hati dengan keputusan juri ekoran lagunya bertajuk Mata tidak tersenarai memasuki final Anugerah Juara Lagu Ke-32.

Walaupun tidak terpilih, namun dia tetap berjanji untuk terus berusaha bagi mengangkat karyanya ke peringkat yang lebih tinggi.

Mungkin belum sampai rezeki buat Ayda. Bukan mudah untuk kita berjaya dalam sesuatu perkara yang kita lakukan. Teruskan berusaha sehingga kejayaan tu menjadi milik kita okay? – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori