SIDANG media khas petang ini dijangka akan bermula lewat gara-gara penangguhan ketibaan pesawat yang dipercayai dinaiki oleh Fattah, Fazura dan rombongan keluarga mereka dari Arab Saudi.
Acara itu dijadualkan bermula selepas wakti solat Asar namun telah diinjakkan lebih kurang sejam kepada jam 6 petang.
Pertemuan pasangan ini dengan pihak media adalah untuk membuat satu pengumuman istimewa yang masih tiada bayangan berkenaan tentang apa.
Namun apa yang pasti, rata-rata daripada peminat dan pemerhati kisah cinta fairy tale mereka ini mengharapkan sidang media ini bertujuan untuk mengumumkan status hubungan mereka yang dikatakan sudah berkahwin pada 15 November lalu sebelum berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah.
Pihak media sudah mulai membanjiri dewan sebuah hotel terkemuka di ibu negara sejak awal petang tadi, menambahkan lagi debaran orang ramai terhadap perkhabaran gembira yang bakal diumumkan oleh Fattah dan Fazura.
Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi pasangan ini. – MYNEWSHUB.CC