Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sangeeta Angkat Kisah Guru...

Pelakon, Sangeeta Krishnasamy akan menerbitkan filem, Adiwiraku 2 yang mengangkat kisah benar seorang...

H5N1: Pemantauan, Sekatan Jalan...

PUTRAJAYA - Kerja-kerja pemantauan, sekatan jalan raya dan pengambilan sampel bagi memastikan tidak...

Wujud Kerjasama Dengan Amanah...

JELI - UMNO Kelantan menyifatkan dakwaan wujud kerjasama antara UMNO dan Parti Amanah...

Malaysia Tertarik Kaedah 1...

PUTRAJAYA - Malaysia tertarik dengan vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson berikutan penerima...

Gangguan Bekalan Air Sementara Di Gombak Sabtu Ini

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara Sabtu ini bermula 8 pagi hingga 10 malam berikutan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem rawatan air di Loji Rawatan Air Sungai Gombak.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataan hari ini berkata kawasan yang terjejas ialah Batu 6 hingga Batu 9, Taman Riwayah Sulaiman Jaya, Universiti Kuala Lumpur-British Malaysian Institute (UniKL BMI), Sekolah Integrasi Gombak, Kolej Vokasional Gombak, Kampung Tengah 1 hingga 7, Shell dan Petronas dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Karak.

“Turut terlibat ialah Plaza Tol Gombak, Kampung Sungai Pusu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Lorong Tokman, Kampung Desa Makmur, Batu 10 hingga Batu 12 dan Kampung Sungai Salak,” demikian menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya selain merujuk laman web www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini.


Menurut Syabas, segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja itu secepat mungkin bagi memastikan pemulihan bekalan air awal ke kawasan terlibat. -BERNAMA

Kategori