Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Perempuan Bogel Punca Jem...

Sesiapa yang melalui Jalan Kuching dekat Batu Caves, malam tadi terpaksa menempuh kesesakan...

Kadar Kemalangan Di Industri...

KUALA LUMPUR - Kadar kemalangan di industri pekerjaan menurun sebanyak 10,824 kes pada...

Pusat Hiburan Didapati Jual...

IPOH - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membongkar kegiatan sebuah pusat hiburan di...

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi...

Gangguan Seksual: Guru Boleh Dipecat

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan tidak akan teragak-agak memecat seorang guru yang dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya, baru-baru ini, jika sekiranya didapati bersalah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata tindakan guru itu sama sekali sukar dipercayai, lebih-lebih lagi apabila tanggungjawab guru adalah untuk mempertahan dan menjaga pelajar atau anak muridnya.

Katanya, ia disifatkan satu jenayah pecah amanah kerana keluarga pelajar itu telah meletakkan kepercayaan kepada suspek untuk menjaga mangsa.

“Harapkan pagar, pagar makan pagi. Individu ini tidak boleh mengajar di sekolah jika sekiranya benar. Individu yang berbahaya… Sangat berbahaya. Tapi kena tunggu laporan terakhir (siasatan) kerana PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) serta pihak polis juga sedang melakukan siasatan,” katanya.

Kamalanathan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Johor di sini, hari ini.

Ia sebagai mengulas isu seorang guru di sebuah sekolah Tamil yang dilaporkan menjanjikan pekerjaan kepada seorang remaja dengan syarat pelajar itu menyerahkan tubuhnya.

Lelaki berusia 56 tahun itu yang juga merupakan seorang pemimpin cawangan MIC membuat janji tersebut kepada ibu gadis berkenaan sebelum rakaman audio perbualan mereka tersebar luas melalui aplikasi mesej WhatsApp.


Dalam klip audio lapan minit 49 saat itu, lelaki itu memberitahu bahawa beliau telah membantu banyak gadis, yang baru saja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat pekerjaan setelah mereka mengadakan hubungan seks dengannya.

Suspek bagaimanapun difahamkan telah melepaskan jawatannya dalam MIC susulan tersebarnya rakaman terbabit.

Menyentuh isu gengsterisme dalam kalangan pelajar, Kamalanathan berkata ia masalah yang tidak boleh disembunyikan pengetua mahupun guru besar.

“Saya rasa tidak berbaloi kalau dia hendak menyembunyikannya kerana masa depan dia sebagai seorang pendidik akan tercalar dengan kegiatan itu.

“Oleh itu, lebih baik kita maklumkan perkara sebenar supaya ada peluang untuk kita memperbetulkan keadaan agar ia tidak diulangi lagi,” katanya. – BERNAMA

Kategori