Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bayi Mati Dengan 89...

SEPANG - Polis menahan suami isteri dan seorang wanita bagi membantu siasatan kematian...

Napsiah Omar Perginya Seorang...

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia, khususnya anggota UMNO hari ini kehilangan seorang lagi...

‘Flight Delay’, PC Istimewa...

SIDANG media khas petang ini dijangka akan bermula lewat gara-gara penangguhan ketibaan pesawat...

Pelarian Rohingya Saman Facebook...

LOS ANGELES, California – Pelarian Rohingya menyaman Facebook sebanyak AS$150 bilion (RM634.5 bilion)...

Ganjaran Pemain Bola Sepak Kedah Bakal Diumum

ALOR SETAR – Beberapa perkara penting berkaitan isu semasa sukan bola sepak negeri termasuk jumlah ganjaran kepada pemain dan pegawai pasukan Hijau Kuning yang berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia akan diumumkan Menteri Besar Kedah esok.

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pengumuman itu dijangka dibuat dalam satu majlis makan tengah hari bersama pemain di ibu negara.

“Bola sepak tunggu esok…esok saya akan buat pengumuman di KL (Kuala Lumpur) semua sekalilah esok masa jumpa dengan pemain waktu makan tengah hari, termasuk ganjaran kalau kita menang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Ekonomi Negara ‘Peluang Keusahawanan Wanita Komuniti Cina’ di sini hari ini.

Juara bertahan Piala Malaysia itu akan berentap dalam perlawanan akhir dengan pasukan JDT di Stadium Shah Alam, malam esok. – BERNAMA

Kategori