Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Omicron Di UK...

LONDON : Kes COVID-19 melibatkan varian Omicron di United Kingdom (UK) sudah mencecah...

Wanita Dipenjara Miliki Rokok...

KULIM - Seorang wanita dihukum penjara tujuh hari dan denda RM26,000 oleh Mahkamah...

‘Beauty Mistakes’ Punca Masalah...

Memiliki kulit yang bersih dan mulus adalah idaman setiap wanita dan lelaki, dan untuk...

Matang Dalam Lontar Hujah,...

MESKIPUN sesi forum Anda Tanya, Mereka Jawab bersama Exco Puteri UMNO, Dira Abu...

“Gol Pertama Matikan Tumpuan Kami,” Kata Vingada

BURIRAM – Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Nelo Vingada tidak menyembunyikan kekecewaannya apabila anak buahnya tewas mudah 1-4 kepada Korea Utara dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia di Stadium i-mobile, di sini ,malam tadi.

Jurulatih dari Portugal itu menyalahkan gol pertama Korea Utara, satu sepakan penalti yang diberikan pengadil selepas bola terkena tangan ketua pasukan Fadhli Shas, sebagai salah satu punca kekalahan Harimau Malaya.

“Ketinggalan satu gol di awal permainan adalah tidak bagus kerana ia menggoyahkan keyakinan pemain dan ini dapat dilihat pada pemain,” beliau memberitahu satu sidang media selepas perlawanan itu di stadium itu di sini.

Menurut beliau anak buahnya berada dalam keadaan tertekan apabila Korea Utara yang semakin berani selepas mendapat gol sulungnya dan meneruskan tekanan dan kesungguhan mereka menghasilkan gol kedua.

Vingada yang kekal optimis dengan kemampuan pemainnya berkata, keadaan menjadi lebih sukar apabila Korea Utara mendapat gol ketiga dua minit selepas rehat, membuatkan usaha skuad negara mendapatkan kembali rentak permainan menjadi sukar.

“Keadaan menjadi lebih sukar selepas gol ketiga,” katanya sambil menambah kekuatan fizikal pemain Korea Utara juga terserlah apabila mereka menguasai kebanyakan bola tinggi,” katanya.


Sementara itu, Jurulatih Korea Utara Jorn Andersen berkata keputusan malam ini membuktikan pasukan yang lebih baik menang dengan pemain beliau menguasai segenap aspek perlawanan sepanjang 90 minit itu.

“Sudah tentu adalah bagus untuk jadi yang pertama mendapat gol, tetapi kami menguasai keseluruhan permainan dan membuktikan kami adalah pasukan yang lebih baik di sepanjang perlawanan,” katanya. – BERNAMA

Kategori