Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Salah Saya Rumah Tangga...

KUALA LUMPUR - Segmen khas untuk dua putera tersayang menjadi cara untuk Raja...

MARA Perkenal Program Pendidikan...

PUTRAJAYA - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memperkenalkan program pendidikan fleksibel di semua...

Harga Minyak Naik, Tapi...

Ini adalah graf Ringgit Malaysia berbanding USD (merah) bersama graf harga minyak dunia...

Mayat Nelayan Dijumpai Terapung...

GEORGETOWN - Mayat seorang nelayan yang dilapor hilang ketika menangkap ikan di perairan...

Guan Eng Dah Lakukan Yang Terbaik – Azmin

KUALA LUMPUR – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah melakukan sedaya upaya untuk mengatasi bencana banjir di negerinya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehubungan itu kerajaan PKR Selangor bersimpati kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang disebabkan bencana itu.

“Kerajaan (PKR) Selangor bersolidariti dalam waktu sukar ini dan akan memberikan sokongan penuh menyediakan bantuan kepada mangsa banjir.

“Walaupun Kerajaan (PKR) Selangor yakin Guan Eng sedang melakukan sedaya upaya untuk mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang, kami memberi jaminan kami sedia menawarkan bantuan semampu yang mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dalam kenyataan medianya petang ini mendakwa telah meminta pasukan sukarelawan di Selangor untuk segera bergerak ke Pulau Pinang dalam beberapa fasa.

DAP dan PKR merupakan parti pembangkang yang membarisi Pakatan Harapan bersama Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Guan Eng semalam membuat kenyataan terbuka kepada pihak media merayu kepada Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) supaya memberi bantuan kepada kerajaan Pulau Pinang untuk menangani bencana banjir besar di negeri itu.


Beliau malah mengakui menghubungi sendiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi awal pagi ini bagi meminta bantuan dan Ahmad Zahid sanggup mengangkat panggilannya pada pukul 3.30 pagi sebelum segera mengerahkan bantuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini turut turun ke Pulau Pinang bagi memantau bencana banjir di negeri itu.

Ironinya, Guan Eng yang juga pimpinan tertinggi Pakatan Harapan pada 27 Januari 2015 pernah menuduh kononnya banjir yang berlaku di Kuala Lumpur adalah disebabkan rasuah dalam kerajaan BN dan beliau turut membuat tuduhan sama ke atas kerajaan PAS Kelantan.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada tahun 2013, Guan Eng malah pernah memberi jaminan kepada rakyat jika DAP dan pakatan pembangkang diberi kuasa sekali lagi, mereka akan menyelesaikan masalah banjir hanya dalam tempoh beberapa tahun. – MYNEWSHUB.CC

Kategori