Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pembangunan Kg. Baru Perlu...

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pembangunan semula...

Mustapa Kemalangan Di Kampung...

KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed terlibat...

Che Ta Dikritik Pedas...

ROZITA Che Wan sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila memuat naik sekeping gambarnya...

Australia Ancam Boikot Sektor...

CANBERRA – Jika di Malaysia baru-baru ini, kecoh apabila pengguna digesa memulaukan peniaga...

Guan Eng Rayu KDN, ATM Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR – Semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerah membantu mangsa banjir di Pulau Pinang sejak jam 8.30 pagi tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata bantuan segera dihulurkan berikutan banjir yang semakin meruncinf di negeri itu sejak malam tadi.

Kata Ahmad Zahid, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, merayu bantuan agensi menangani mangsa banjir di negeri itu melalui satu panggilan telefon yang dibuat olehnya pada jam 3.34 pagi tadi.

“Semua pasukan bantuan itu termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dikerah sejak jam 8.30 pagi tadi,” katanya, seperti yang dilaporkan oleh BH ONLINE.

Keadaan banjir di Pulau Pinang semakin semakin membimbangkan apabila air naik sehingga paras 10 hingga 12 kaki dan melepasi bumbung rumah.


Menurut Guan Eng, keadaan itu menjadi lebih buruk akibat hujan lebat dan angin ribut yang sentiasa berlaku.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan memberi amaran mengenai hujan yang sangat lebat dan berterusan berserta angin kencang sedang berlaku di negeri Pulau Pinang dan Kedah (daerah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) yang dijangka berterusan hingga Ahad. – MYNEWSHUB.CC

Kategori