Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tidak Salah Kenakan Caj...

MELAKA : Caj potong ayam sebanyak 60 sen yang dikenakan peniaga kepada pelanggan...

Muhammad Hakimi Raih Emas...

SINGAPURA - Atlet olahraga, Muhammad Hakimi Ismail melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan...

Lembu Import Sempena Aidiladha...

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini memberi jaminan bekalan...

Gambar: Majlis Resepsi Azwan...

SELEPAS melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan di Pahang baru-baru ini, pasangan Azwan Kombos...

Gunakan HK Sebagai Gerbang Memasuki China

HONG KONG – Firma-firma Malaysia harus menggunakan Hong Kong sebagai gerbang bagi meneroka pasaran tanah besar China, kata Konsul Besar Malaysia di Hong Kong dan Macau, Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin.

Katanya, walaupun Hong Kong mempunyai kos sara hidup yang tinggi, perkara terbaik dalam mendirikan perniagaan di sini adalah common law wilayah itu tidak jauh berbeza daripada amalan perundangan di Malaysia kerana ia pernah ditadbir British.

“Jadi adalah selamat bagi syarikat-syarikat Malaysia untuk menandatangani kontrak atau menubuhkan anak syarikat di Hong Kong. Ia boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke tanah besar China,” katanya kepada Bernama semasa Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia ke-9 (WCES),
Sidang kemuncak itu, dianjurkan oleh Institut Kepimpinan dan Strategi Asia dari 13-14 Nov 2017, bertujuan untuk meningkatkan hubungan perniagaan antara China dan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucaptama pada sidang berkenaan yang bertemakan ‘Menguruskan Ketidakpastian Global: Meneroka Peluang-Peluang Baharu’.

Sidang itu juga diadakan bagi memperingati dan meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Hong Kong, yang melengkapi FTA ASEAN-China.

Tengku Sirajuzzaman berkata, rakyat Malaysia harus memanfaatkan kepakaran rakyat Hong Kong bagi menubuhkan perniagaan mereka di sini dan kemudian, meneroka pasaran lain di China.

China mempunyai populasi yang amat besar dan ini membolehkan pengusaha Malaysia menjual lebih banyak.


“Sebagai contoh, Hong Kong mempunyai standard yang tinggi dalam meter air. Alat itu dibeli daripada sebuah syarikat Malaysia. Ini menunjukkan, produk-produk kilang mempunyai potensi yang besar di sini,” katanya.

Selain durian, produk-produk pertanian juga mendapat permintaan tinggi khususnya limau bali.

Tengku Sirajuzzaman berkata, syarikat-syarikat Malaysia juga boleh mendapat pembiayaan di Hong Kong.

“Beberapa usaha sama membabitkan firma Malaysia telah mendapat pembiayaan dan banyak syarikat kita yang disenaraikan di bursa saham di sini mendapat pembiayaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori