Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Fahami Hak Ketika Urusniaga...

PUTRAJAYA - Generasi muda perlu memahami hak serta memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing...

Brunei Akhirnya Kuatkuasa Undang-Undang...

BANDAR SERI BEGAWAN - Kerajaan Brunei, hari ini memperkenalkan undang-undang Islam baharu termasuk...

Keperluan Mendesak Kenal Pasti...

KUALA LUMPUR - Kejayaan memasukkan pembayar cukai yang berpotensi dalam jaringan cukai menjadi...

5 Ramaja Ditahan Kes...

GEORGE TOWN - Lima remaja lelaki yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terlibat...

Gunung Merapi Di Bali: Penerbangan Terus Terjejas

KUALA LUMPUR – Letusan Gunung Agung di Bali, Indonesia terus mempengaruhi penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata senarai penerbangan yang dibatalkan di KLIA hari ini ialah MH715, MH851, MH853, Malindo Air OD324, OD306, OD308 dan OD157, manakala penerbangan yang tiba di KLIA ialah MH714, MH850, MH852 , OD325, OD305, OD307, serta Batik Air ID6016.

AirAsia membatalkan 14 penerbangannya ke dan dari klia2, iaitu AK309, AK377, AK307, QZ511. QZ550, QZ556, QZ554, AK308, AK376, AK306, QZ551, QZ557 dan QZ555.

Dalam kenyataan berasingan, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X ke dan dari Bali dan Lombok hari ini dibatalkan sehingga diberitahu kelak.

”Penumpang yang terjejas akan dimaklumkan mengenai status penerbangan menerusi e-mel dan SMS. AirAsia menggalakkan semua penumpang supaya mengemas kini butiran peribadi mereka di airasia.com bagi memastikan mereka dimaklumkan mengenai maklumat terkini penerbangan,” katanya.


AirAsia berkata penumpang yang penerbangannya dibatalkan, boleh memilih sama ada menukar penerbangan ke destinasi baharu pada laluan yang sama dalam tempoh 30 hari kalendar mulai tarikh penerbangan asal tanpa kos tambahan, namun tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Mereka boleh juga mengekalkan nilai tambang dalam akaun kredit untuk perjalanan pada masa depan yang boleh ditebus dalam tempoh 90 hari kalendar selepas tarik dikeluarkan. – BERNAMA

Kategori