Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahathir Tidak Tahu Duit...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui tidak tahu sama ada bayaran insentif...

Kencing Gadis Ini Jadi...

BEIJING - Beriadah memang menjadi kunci untuk menjaga kesegaran tubuh, namun, jika tidak...

Status KJ Dalam UMNO...

KUALA LUMPUR : Status keahlian Khairy Jamaluddin dalam UMNO akan diketahui petang ini.Ikuti...

Kit Siang Seru Melayu...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa kaum Melayu terutama ahli dan penyokong PAS telah...

Hanya Satu Cara, Belanja Besar!

PENGURUS Chelsea Antonio Conte yakin satu-satunya cara untuk terus memberi saingan sengit kepada pemimpin Liga Perdana Inggeris, Manchester City adalah dengan berbelanja besar pada Januari.

City menewaskan Huddersfield pada Ahad untuk mencatat kemenangan ke-12 liga berturut-turut, menjadikan kelab ini kekal di puncak carta.

Chelsea, juara musim lalu berada di tempat ketiga dan Conte yang pasukannya kalah 1-0 dengan City pada September, kagum dengan peningkatan ketara pasukan Pep Guardiola.

“Perjalanan Manchester City luar biasa, kan?.

“Saya fikir Manchester City musim ini adalah pasukan yang kuat, musim lalu pun hebat. Tapi selepas pasaran perpindahan dibuka, mereka telah membeli sasaran pertama mereka dan menjadi bertambah baik.

“Mereka mungkin akan melakukan yang sama pada bulan Januari, pada masa akan datang. Atas sebab ini kita mesti bimbang, jika kita nak bersaing dengan Manchester City kita perlu bekerja keras dan kemudian membuat keputusan terbaik dalam pembelian pemain.”

City telah memenangi 12 perlawanan dan sekali seri daripada 13 perlawanan liga setakat ini dengan menjaringkan 42 gol.


Mereka akan kembali beraksi pada Rabu apabila menjadi tuan rumah menentang Southampton di Etihad.

Chelsea seri 1-1 di Liverpool meninggalkan mereka di tangga ketiga, 11 mata di belakang City.

The Blues akan berdepan Swansea pertengahan minggu ini di Stamford Bridge. – metroUK/mStar Online

Kategori