Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Atlet Paralimpik Negara Ditahan...

ALOR SETAR - Seorang atlet paralimpik badminton negara ditahan Jabatan Imigresen kerana dipercayai...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Laut...

“Kutuk Saya, Jangan Kaitkan...

PENYANYI muda, Ismail Izzani berharap orang ramai supaya tidak mengaitkan ibu juga merupakan...

Pembangkang Maki Mufti Kerana...

BOLEH untuk tidak bersetuju tapi BERADABLAH. Apatah lagi kepada orang yang berilmu atau...

Harga Minyak Kekal, Tapi Diesel Naik Sedikit

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan bagi seminggu berikutnya menyaksikan kekal kecuali Diesel dari 30 November hingga 6 Disember.

Ia memang dijangka ekoran kepegunan stok bekalan minyak mentah di pasaran antarabangsa susulan tindakan beberapa negara mengawal pengeluaran mereka, sekali gus menyaksikan permintaan dan penawaran stabil.

Menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga siling terbaharu produk minyak RON 95 masih lagi kekal kepada sebanyak RM2.30 seliter, sama seperti kadar sebelumnya.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula telah ditetapkan stabil kepada RM2.58 seliter, turut tidak berubah langsung dibandingkan seminggu sebelumnya.

Dalam pada itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari yang sama diumumkan naik sebanyak dua sen kepada RM2.25 seliter, berbanding RM2.23 seliter ketika tempoh minggu sebelumnya.

Mulai 29 Mac lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar lebih stabil berbanding harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.


Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – MYNEWSHUB.CC

Kategori