Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Gagal Hantar Laporan Kewangan,...

TAWAU (Sabah) - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbang peruntukan kewangan kepada...

Vaksin Anti Nikotin Sedang...

SEKIRANYA anda ingin berhenti dari merokok, terdapat pelbagai produk di pasaran yang kini...

Apa Motif DAP?

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia memandang serius perkembangan terbaru mengenai “pertemuan tertutup” enam...

Media Berkumpul Di Luar...

KUALA LUMPUR - Keghairahan wartawan tempatan dan asing menunggu di luar Kedutaan Korea...

Harga Minyak Turun Juga Selepas 5 Minggu Naik

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan bagi seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis minyak turun juga setelah lima minggu naik.

Ia di luar jangkaan ekoran peningkatan harga minyak global selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dilaporkan terus lagi mengurangkan pengeluaran bagi memastikan trend permintaan melebihi penawaran.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu bagi produk RON 95 turun lapan sen kepada RM2.30 seliter berbanding RM2.38 seliter pada minggu sebelumnya.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula dalam tempoh seminggu akan datang juga ditetapkan jatuh lapan sen kepada RM2.58 seliter, daripada asalnya iaitu RM2.66 seliter pada minggu terdahulu.

Dalam pada itu pula, harga runcit baharu untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari yang sama diumumkan merosot dua sen sahaja kepada RM2.23 seliter, berbanding cuma RM2.25 seliter ketika tempoh minggu sebelumnya.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 23 November sehingga 11.59 malam pada 29 November.


Mulai 29 Mac lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar lebih stabil berbanding harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – MYNEWSHUB.CC/HAA

Kategori