Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pakar Bom, Abu Gomes...

KUALA LUMPUR - Anggota militan Negara Islam (IS) Muhammad Nasrullah Abd Latif adalah...

Polis Terima 8 Aduan...

JOHOR BAHRU - Pihak polis menerima lapan laporan berhubung penipuan yang dipercayai dikenali...

LATAR Buat Laporan Polis...

PIHAK konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR) hari ini mengeluarkan kenyataan...

Indonesia Batalkan Pertubuhan Hizbut...

JAKARTA - Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia hari ini membatalkan pertubuhan Hizbut...

Hari Terbuka SL1M, Peluang Untuk Graduan Sabah

KUALA LUMPUR- Sebuah sidang media khas Hari Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2017 telah diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Program SL1M yang telah dilaksanakan sejak 1 Jun 2011 lalu bertujuan untuk membantu graduan mengangggur untuk meningkatkan tahap keupayaan diri dengan memberikan sedikit ilmu dan pengetahuan dan pengalaman dalam pekerjaan.

Pada tahun ini, SL1M telah mengadakan Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di tujuh negeri seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Program ini terbuka kepada seluruh graduan dan juga individu yang mencari kerja terutamanya yang berada di kawasan sekitar termasuk negeri-negeri yang berdekatan dan juga bagi graduan menganggur yang datang dari kawasan pendalaman.

Acara kemuncak SL1M akan melabuhakn tirai kembara outreach 2017 dengan mengadakan Hari Terbuka SL1M pada 18 November 2017 bertempat di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (LKPKK), Sepanggar, Sabah.

Sidang media tadi telah dihadiri oleh beberapa barisan artis yang akan memberikan hiburan serta suntikan semangat kepada para pengunjung terutaman sekali untuk para graduan untuk berjaya, antaranya ialah Faizal Tahir, Akim & The Majistret, Sakura Band, Kumpulan Zero dan Estrange.

Ketua Sekretariat SL1M, Hajah Norashikin Ismail, berkata bahawa terdapat sebanyak lebih daripada 30 buah syarikat besar yang akan turut turun padang pada hari terbuka itu nanti termasuklah Petronas, Telekom Malaysia, UEM, Maybank, Legoland, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi.

“Sebanyak lebih daripada 2,000 kekosongan daripada syarikat besar yang akan menawarkan pekerjaan buat para graduan. Turut disediakan Klinik Resume yang mana para graduan dapat memperbaiki resume sebelum meneruskan temu duga bersama dengan syarikat yang dipilih,” katanya ketika sidang media pagi tadi.

Sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 139,398 peserta telah dibantu melalui penglibatan secara langsung mahupun tidak langsung menerusi Program SL1M ini.


Bagi graduan yang sudah habis bekerja dalam tempoh kontrak bersama syarikat yang berada dibawah SL1M, mereka juga akan mendapat peluang kedua untuk bekerja secara tetap bersama dengan syarikat yang lain.

Temuduga akan diadakan secara on the spot oleh pihak syarikat yang terlibat dan pihak SL1M menjangkakan seramai 10,000 pengunjung bakal hadir membanjiri ILPKK pada 18 November ini.

“Masa sekarang ni, graduan tak boleh terlampau memilih pekerjaan. Mereka perlu keluar daripada tanggapan untuk hanya bekerja di waktu pejabat dan ada juga graduan yang demand tidak sanggup untuk overtime pada hari minggu.

“Mereka perlu membuka mata dan harus mengubah persepsi sempit itu demi masa depan mereka sendiri,” tambahnya lagi.

Sebagai anak jati Sabah, Mohd Syaiful Doli Sharif, yang merupakan salah seorang anggota kumpulan lawak Zero, dia mengakui bahawa ada sesetengah graduan dari Sabah tidak dapat peluang untuk bekerja di luar negeri kerana kesusahan yang ditanggung oleh keluarga.

“Saya sendiri dulu belajar hanya sampai Tingkatan 1, jadi saya faham bahawa anak-anak Sabah ramai yang tak dapat peluang macam ni.

“Dengan adanya Program SL1M yang akan diadakan di Sabah ni, mungkin dapat membantu mereka mencari peluang untuk bekerja di Semenanjung kerana mereka ini ramai yang berasal daripada keluarga yang susah,” katanya ketika memberi pandangan mengenai kebaikan acara kemuncak SL1M yang akan diadakan di Sabah itu nanti.

Bagi mana-mana graduan yang terpilih mendapat pekerjaan di luar daripada negeri Sabah, pihak SL1M akan menanggung kos perjalanan mereka ke Semenanjung.

Majlis Perasmian Hari Terbuka SL1M 2017 ini akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Abdul Rahman Dahalan. Pihak SL1M juga turut menyeru kepada pihak khususnya syarikat swasta untuk turut sama terlibat untuk membantu para graduan tempatan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka. -MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori