Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sultan Selangor Arah Proses...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan agar...

PRU-15: Ismail Sabri Kekal...

Bera : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih kekal menjadi 'poster boy' Barisan...

Kerajaan Negeri Johor Bersungguh...

ISKANDAR PUTERI - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini dimaklumkan bahawa Kerajaan...

Karpal Bebas Tuduhan Hasutan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini melepas dan membebaskan mendiang Karpal...

Hina Bugis: Dewan Diraja Selangor Mahu Tun M Disiasat

ANGKARA mulut, badan binasa… Peribahasa itu memang tepat diberikan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang masih angkuh tidak mahu memohon maaf kerana hina keturunan Bugis bulan lalu.

Malah seluruh dunia dapat saksi rakaman video tular semasa beliau biadab kutuk etnik itu sebagai lanun dalam himpunan haram yang hambar bertemakan Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya, Selangor pada 14 Oktober lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan itu dengan nada sombong membuat penghinaan terhadap Bugis dengan menggelarkan mereka sebagai keturunan penyamun demi mengutuk asal-usul Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mungkin kerana dia (Najib) asal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis!” kata Mahathir berucap dalam himpunan tanpa permit polis yang gagal dapat sambutan ramai tersebut.

Susulan insiden berkenaan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah setelah berbincang dengan Dewan di-Raja Selangor pada Khamis memandang serius bahkan murka dan amat kecewa dengan ucapan Mahathir itu.

Pada masa sama, Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais berkata, mereka berpendapat  Mahathir wajar segera disiasat polis dan diambil tindakan tegas di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa-apa jua undang-undang.

“Berdasarkan kepada rakaman klip video ucapan berkenaan sendiri yang telah tular menerusi media sosial, maka tohmahan dan kenyataan Tun Dr. Mahathir itu terbukti dapat difahami sebagai jelas menghina bangsa Bugis ini.

“Ia juga cuba menggolongkan keturunan ini kononnya berasal usul daripada golongan lanun, perompak dan penjenayah,” kata kenyataan akhbar rasmi dikeluarkan Sultan Selangor kepada portal berita tempatan hari ini.

Baca: Naib Presiden Indonesia Tersinggung Bugis Dihina

Juga: Selepas Gelar Lanun, Mahathir Hina Bugis Bodoh!

Lagi: “Saya Ada Ramai Kawan Pahlawan Bugis” – Nik Abduh

Pihak ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan Mahathir itu boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap mereka berbangsa Bugis hingga mampu mencetuskan kekecohan dan huru hara.

“Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor berasal dari Bugis,” kata kenyataan itu. Untuk rekod menurut sejarah, Sultan Selangor sendiri merupakan keturunan pahlawan Bugis.


Keberanian kelompok berkenaan malah terkenal sejak ratusan tahun dahulu di Nusantara termasuk tidak gentar usir penjajah Barat hingga mereka dihina begitu teruk kolonial Eropah ketika itu dengan digelarkan sebagai lanun.

Sultan Sharafuddin dalam pada itu mengingatkan semua pihak, terutama ahli politik, untuk tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebaga modal politik kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

“Beliau sebagai bekas perdana menteri yang menerajui pemerintahan negara selama tempoh 22 tahun seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan juga lebih tahu fakta sejarah keturunan bangsa Bugis.”

Kenyataan Mahathir itu turut mengundang perasaan kesal daripada pihak pemerintah Indonesia sendiri selain dikecam rakyat negara jiran tersebut memandangkan ramai etnik Bugis terkenal dalam pelbagai bidang diceburi.

Ini termasuk bekas presidennya, Baharuddin Jusuf Habibie dan naib presiden Indonesia sekarang, Jusuf Kalla. Selain Sultan Selangor, Kesultanan Johor sendiri juga adalah berdarah Bugis yang berasal dari wilayah Sulawesi.

Beberapa laporan polis turut dibuat oleh pelbagai badan mewakili kepentingan komuniti Bugis di seluruh Malaysia ekoran ucapan celupar Mahathir itu yang setakat ini masih enggan lagi untuk meminta maaf secara terbuka.

Ramai penganalisis politik antarabangsa melihat ungkapan itu bagi mengalih perhatian penyokong pembangkang yang sebelum ini pernah ejeknya sebagai Mamak Madey Kutty dari Kerala, India. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori