Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Felda Hasil Ramai Generasi...

JELEBU - Transformasi yang dialami masyarakat Felda sejak sekian lama telah berjaya melahirkan...

PAS Kembali Kepada Pakatan:...

KUALA LUMPUR - Kelihatan seperti sudah berpakat, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),...

Pelan TN50 Corak Hasrat...

KENINGAU - Kerajaan mengambil sikap terbuka dalam merangka pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50)...

10 Maut Helikopter Tentera...

BOGOTA - Seramai 10 orang disahkan maut apabila sebuah helikopter milik pasukan tentera...

Hina Mahkamah, V. K. Lingam Dipenjara Enam Bulan

PUTRAJAYA – Bekas peguam terkenal, Datuk V. K. Lingam dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas didapati bersalah atas tuduhan menghina mahkamah.

Hukuman tersebut dijatuhkan berikutan tertuduh didakwa pernah menghina mahkamah mengenai dakwaan konon seorang hakim memplagiat penghakiman satu kes sivil yang dilontarkannya.

Menurut Star Online, keputusan itu dibuat oleh lima panel hakim yang terdiri daripada Ramly Ali, Azhar Mohamed, Balia Yusof Wahi, Jeffey Tan dan diketuai oleh Tan Sri Abu Samah Nordin.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke memohon hukuman penjara dilaksanakan kerana Lingam tidak hadir ke mahkamah tetapi responden lain telah datang dan tampil meminta maaf.

Bekas peguam itu tidak hadir di mahkamah mahupun diwakili oleh peguam hari ini. Beliau dilaporkan sedang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan di Amerika Syarikat (AS) sejak tahun 2013.

Dalam kes itu, Lim Ah Eng, 88, dan Doris See Siew Lian berusia 70-an yang juga pemegang saham minoriti Kian Joo Can Factory Berhad (KJCF) masing-masing dikenakan denda RM100,000 kerana penghinaan.

Pertikaian undang-undang yang membawa kepada prosiding itu pada 2009 apabila responden ke Mahkamah Tinggi selepas syarikat saingannya, Can-One International Sdn. Bhd. menang tender untuk beli 32.9% saham dalam KJFC.


Responden namun gagal untuk menghentikan pembelian saham yang dibuat oleh Can-One itu. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudian membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Kes tersebut kemudiannya dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan yang mana ketiga-tiga panel hakim akhirnya bersetuju dengan pembubaran tersebut.

Responden memfailkan penghakiman semula dengan menyatakan aktviti plagiarisme dalam keputusan penghakiman yang diputuskan Mahkamah Persekutuan pada 22 Mei 2013. – MYNEWSHUB.CC

Kategori