Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM Mahu Golongan Muda...

PUCHONG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa golongan...

Waktu Kerja Fleksibel Mudahkan...

BALIK PULAU - Waktu kerja fleksibel bagi wanita adalah antara perkara yang perlu...

TPM Tinjau Eksesais Antikeganasan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Mekanik Ditahan Kerana Catatan...

 MIRI - Polis menahan seorang mekanik kereta berusia 23 tahun kerana membuat catatan...

Hope Solo Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Blatter

BINTANG bola sepak Amerika Syarikat (AS) Hope Solo mendakwa bekas Presiden FIFA Sepp Blatter pernah meraba punggungnya dalam satu majlis penyampaian anugerah lima tahun lalu.

Namun dakwaan itu dinafikan Blatter.

Solo, 36, memberitahu akhbar Portugal bahawa Blatter melakukan perbuatan tersebut semasa majlis anugerah Ballon D’or di Lisbon pada Januari 2013.

Jurucakap Solo pada Sabtu mengesahkan kenyataan penjaga gol wanita itu.

“Blatter meraba punggung saya,” kata bekas penjaga gol AS itu dalam satu temubual bersama Expresso.

Bagaimanapun, jurucakap Blatter dalam satu kenyataan balas berkata dakwaan tersebut tidak berasas dan tidak benar.


Solo merupakan mangsa terbaharu yang tampil mendedahkan kelakuan Blatter selepas penerbit filem Harvey Weinstein, pelakon Kevin Spacey serta bekas hos Fox News, Bill O’Reilly.

Dakwaan berprofil tinggi itu turut mewujudkan kempen secara dalam talian dengan hastag #MeToo yang menggalakkan lelaki dan wanita untuk mendedahkan pengalaman mereka yang pernah berdepan gangguan dan serangan seksual. – mStar Online

Kategori