Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Pelancong Selamba Gelek...

KOTA KINABALU - Aksi tidak senonoh pelancong asing yang sakan 'bergelek' di atas...

Johor Peruntuk RM20 Juta...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri mewujudkan Dana Bencana Khas dengan peruntukan RM20 juta...

Malaysia Seri Tanpa Jaringan...

SINGAPURA - Perlawanan persahabatan Causeway Challenge antara Malaysia dan Singapura berkesudahan seri tanpa...

Penjawat Awam Johor Terima...

ISKANDAR PUTERI - Penjawat awam Johor dijangka menerima bayaran khas melebihi RM1,500 yang...

Ibu & Anak Jadi Viral Kerana Kelihatan Sebaya

KIENYA Booker sudah berusia 40 tahun namun dia memiliki keistimewaan kerana wajahnya kelihatan awet muda. Keadaan ini menjadikan dia terkenal di media sosial selepas dua anak perempuannya berkongsi gambar Kienya di internet.

Berdasarkan gambar berkenaan, sukar untuk membezakan mana satu ibu dan mana satu anak-anaknya. Ternyata Kienya yang berasal dari Nova Scotia `tidak makan tuaā€™ .

Kienya yang mempunya 79,000 pengikut di Instagram kelihatan sebaya dengan anak-anaknya iaitu Kā€™Lienya, 18 dan Kolieya, 16.

Dalam temubual dengan Yahoo Lifestyle, Kienya berkata, gambar yang dirakamkan bersama anak-anaknya itu hanya sekadar gambar biasa.

“Gambar itu adalah gambar masa lalu bersama anak-anak saya iaitu kira-kira 12 dan 13 tahun lalu dan gambar terkini kami bersama-sama turut dimuatnaik di media sosial.


“Tidak lama kemudian ada netizen yang mengambil gambar kami dan meletakkan kapsyen guaraun ‘dia bukan ibu, tapi dia kakak merekaā€™,ā€™ā€™ katanya.

Sejak itu netizen mula meneka umurnya hinggakan ada yang menuduhnya sengaja bergambar seperti gadis remaja kerana ingin perhatian.

Namun tidak kurang pula yang memuji Kienya kerana kelihatan sangat muda berbanding usianya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori